03 December, 2012

Home » , » Resipi Kek Coklat Puan Rusnah

Resipi Kek Coklat Puan Rusnah


Assalamualaikum semua,
hai hai hai..
apa khabar kaum-kaum ibu? mak jah sihat mak jah. haa
Alhamdulillah chef di sini baik-baik aje.
makin buncit perut tekau, mana taknya makan tidur makan. haaa.!

so hari ni saya nak kemukan konsep baru,
saya nak tulis-tulis dalam bidang masakan sikit, walaupun tak bapa pandai,
tapi mak saya pandai, haa
Puan Rusnah binti Kamarudin. hari ni kita nak buat apa? masak apa?
masak kek cok...?? klat..pandai...!!



ini yer penonton sekalian,
kek coklat yang bakal kita masak dalam kelas ini, sebelum tu ada soalan?
"ada, kenapa kek coklat tu nampak tak cantik?"
sebelum aku tangan kau, baik kau diam.! huhu
dah ini je gambar yang aku ada, aku nak buat macam mana. heh.
kan dah ter aku kau, maafkan saya puan-puan.

baiklah,
marilah kita mulakan kelas kita,
Mak Mah, sila baca doa,
" tak reti cikgu...!! "
anak dah bersusun tapi apa pun tak boleh. banyak2 kan lah beramal yer.

but,
sebelum itu, ingat yer, resipi kek coklat ini di ambil daripada buku Ibu saya,
dan dengan keizinan beliau,
disebabkan setiap kali saya bagi kengkawan, masing-masing dok mintak
resipi kek coklat.
dan saya hanya beri disini jelah eh.

aduuhh skema nye saya...!!

rare tak? hoho


Bahan-Bahan yand diperlukan:

- 3 cawan gula kasar. cawan ok. bukan gelas. jangan silap.
- 2.5 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar bikarbonat <-- natang menda ni?
- 1 sudu besar serbuk nescafe. Nescafe, bukan Indocafe ok?
- 1/2 tin besar serbuk koko
- 1 . 1/3 cawan air
- 6 biji telur gred A huhu
- 250 gram marjerin
- 1 sudu esen vanilla

cara-cara:

- tepung, bikarbonat, nescafe dan koko dicampur dan digaul (A)

-marjerin dan gula, pukul sehingga kembang. pukul??
-masukkan telur satu persatu
-masukkan esen vanilla
-masukkan bahan (A) sikit demi sedikit
-akhir sekali, masukkan air.

pukul, dan pukul, sehingga la sebati jiwa dan raga.
kemudian masak, letak dalam oven.
jap. jap!

berapa lama masak mak aku tak nyatakan pulak dalam buku ni,
adeii
kang nak kejut kena tangan kang.
huhu. esok aku tanya k, then aku update balik.
eheh aku pulak. maaf ye puan-puan, saya taak sengaja,

next one,

Topping : apa kau ingat pizza je ada topping

- 3 @ 4 sudu serbuk koko
- 1/4 cawan air
- susu diletak sehingga manis. ikut suka lidah yang merasa.

* koko dibancuh dengan air panas
* masak sehingga pekat

hasilnya,


anda akan dapat makan kek coklat dengan rendang sekali. hohoho.

selamat mencuba, babai.

update:

lepas semua bahan tadi dah dipukul sehingga sebati,
masukkan kedalam oven sehingga 40 minit.

ataupun:

ambil sebatang lidi ngaji @ satay, jangan lidi penyapu, gila kau.
cucuk ke dalam kek tersebut, then tarik semula, jika tidak ada saki baki kek yang melekat di batang lidi, maknanya dah masak la tu.
www.tips-fb.com