29 November, 2012

Home » , , , , , , , , , , » Jogging,? Awek.? Mms.?

Jogging,? Awek.? Mms.?


Tarikh : 11 Disember 2009
Masa  : 21:00 (aku cuti sem masa ni)
Lokasi: Kompleks Sukan Paroi Negeri Sembilan


 (gambar lama)

Hari tu,
Aku jalankan kegiatan harian aku,
Ber"jogging",
Kadang-kadang dekat,
Taman Tasik Jaya Seremban,
Dan,
Kadang-kadang kalau nak cuci mata sikit,
Pergi kat kompleks sukan paroi.

Itulah kan orang kata,
Ajal maut jodoh pertemuan rezki di tangan Allah.
Semua tu,
Kita tak boleh nafikan.

Cuma diri kita ni je,
Ada tu kita tolak mentah-mentah,
Kata "aku tak mau bercinta time belajar" ni la,
Kata " aku ni ibarat bermain dengan pisau" la,
Apa la bagai la.
Aaahh durjana.

Tup-tup 
Beliau paling mengada-ngada.

*******************************

Masuk bab jogging tadi.

Tak silap aku la,
Ingat ingat lupa je ni,

Masa tu,
Aku baru je lari berapa minit,
Tak sampai 10 min agaknya,
Tapi,
Yang aku pasti peluh aku tidur lagi time tu. 

Tengah syok-syok,
Mengatur langkah,
Biasala kan orang ber"jogging" ni,
Kejap kepala@mata pandang bawah,
Kejap pandang atas.
Entah macam mana,
Depan aku tu ada sorang minah ( x pasti cun ke tidak )
Boleh pulak
Dia pergi bantai tukar line larian dia


Contoh la,
Aku kat line 9,
Minah tu line 8,
Boleh pulak dia pergi masuk line9.
Adooii aaiii,,,
Time tu pulak aku pandang bawah,
Memang bertemu kepala dengan kepala la kan.

Masalah nya,
Kalau terhantuk je takpa,
Ini aku pulak yang tersadung sekali,
Minah tu rilek je,
Bela hantu raya apa,
Jebon betol,
Puas aku tahan malu dengan muka yang kacak ni.


*********************************
dialog ni di edit agar tampak lebih menarik

Beliau : alamaakk,,,awak ok ker? soorryyyy,,,saya tak perasan
Aku    :  "cun gak awek ni "
Beliau : ok ke tak ni..??
Aku   :  Ok la kot, takda apa la,, cuma lepas ni jangan main taram je lari tu.
Beliau : Sorry la ek, saya tak perasan ada orang belakang, saya nak elak tahi kucing tadi
Aku  : "cibai betol,,alasan takleh pakai, mana nak carik taik kucing kat atas track ni"

Borak punya borak,
Siap dia nak bawak aku pergi klinik lagi tu,
Lelaki bai,,
Apa barang awek bawak pergi klinik,
Macho la sikit,
Kata la ok ke takda masalah ke,
Padahal kat dalam dah kena paru-paru berair.

Tapi memang la,
Betol-betol lepas terhantuk tu,
Kepala aku berdenyut je rasanya,
Patut la awek tu dok kata,
Dahi aku merah nampak benjol sikit.
Sebab tu kot dia nak bawak aku pergi klinik.

Aku ambil keputusan nak balik awal,
Kepala pening sangat,
Tapi sempat dia hulur aku namecard dia,
Peerrhh malu siot,
"awek ni ada namecard pulak,,apa aku nak bagi erk,,"

Tah macam mana boleh terlintas idea,
Nak buat macam nie, 

Aku koyak part ada no fon dia,
Satu lagi aku tulis no fon ngan email aku,
Nasib baik,
Bawah seat moto aku ada pen
Pergi meeting aritu.

"soryy,, saya tak bawak saya punya "

Kekeke,,kaber line,
Padahal aku mana ada kadnama @ namecard bagai ni.

************************************

Lepas seminggu,
Aku dapat SMS dari beliau,
Memang lepas haritu,
Aku takda contact dia, jual mahal sikit la namanya.

Beliau tanya keadaan aku camna,
Entah macam mana,
Sejak SMS pertama itu,
Aku dan beliau jadi rapat.
Rapat di alam maya.

Aku add fb beliau,
Chat kat skype kadang-kadang,
Tak terpikir pun nak pergi lebih jauh.

Masa ni,
Tak silap aku dah nak masuk sem baru,
Aku study kat UM beliau di UUM.
Jauh kat utara nun.

Sempat jugak la,
Aku jumpa beliau kejap,
Itupun beliau jemput aku kerumah,
Ada makan-makan sikit katanya.

*****************************

Masa masing-masing kat campus,
Makin kerap aku ngan beliau berhubung,
Tapi mula-mula je la.

Bila dah sibuk dengan
Assigment, projek paper, projek luar U semua,
Aku ngan beliau dah jarang contact.

Ada gak la dalam 2 bulan,
Boleh kira bape bijik SMS yang aku hantar tanya khabar.

Tiba-tiba,
Satu hari tu aku dapat MMS,
Terpapar kat skrin enset aku ni huruf G.
sapa pulak antar pic kat aku ni.

Sekali aku bukak,
Tengok-tengok beliau hantar kat aku MMS,
Terpampar gambar beliau siap ada ayat kat bawah
"mizz u man"...

Ini lah beliau,
Entry ni pun aku buat khas untuk beliau,
Siap bagi permission lagi post pic beliau




Semenjak dari tu,
Aku ngan dia rapat semula,
Kadang-kadang tukar pic,
Sampai sekarang.

2 hari lepas,
Baru je aku jumpa dia,
Kat tempat pertama aku bertemu ngan beliau.

******************************

Itulah hidup,
Kadang-kadang serius,
Kadang-kadang jadi bangang.

So,
Entry kali ni aku jadi bengong.

Masuk entry ni,
2 kali aku buat entry menipu,
Semua kat atas tu menipu.

Tak tau la kali ni jadi ke tidak
Penipuan aku,,hakhak,
Yang mula-mula tu nampak cam tak jadi.
Hahak,,,,,,

Kalau korang perasan,
Entry 3 4 terakhir aku ni
Asek entry serius je kan,
So kali ni malas la, nak buat kelainan sikit.

Hari-hari makan pedas,
Mau kena ketumbuhan kat perot bro,
Sekali sekala makan yang manis pulak kan,
Apa salahnya.

Pada korang-korang yang percaya,,
Teerrbaaeekk,,,hahahaha,
Mana yang tak percaya,
Gila kentang,,,,,

Takda keje aku nak story
Pasal idop privacy aku kat blog ni der.

Satu lagi,
Gambar awek kat atas tu aku amek
Kat FB.
Kat page " Awek Cun & Lelaki Kacak",

Pada awek tersebut kalau baca,
Sory na aku amek gambar hang,
Hang lawa sangat,
Tu yang aku amek.

Ang kira anggap
Aku promote diri ang la,
Kasi lebih popular. hehehe,,

Sekali lagi,
Sory to all reader,
Ini entry takda ilmiah langsung k.
Takda pekdah untuk anda semua.
Adiiooss,,,

Assalamualaikum

p/s: original post on 12/12/10

p/s: aku nak buat sambungan cerita dengan cara membuat contest. hekhek. dok fikir idea sekarang ni.
www.tips-fb.com

19 comments:

nabilah said...

haha bro cis bro..tipu rupenye..punye la aku baca dengan teliti

hans said...

dah lama hidup ker Lok?
dah xnak hidup dah ker dekat dunia nih?
(marah)

hahahahahhahaha

P/S : Antara Dia, Kau Dan Aku - Episod 39

iRfan Johan said...

haha..ade lak tipu. aduh...tp jln cte menarik...leh wt drama~!

.:padie_eyla:. said...

aku antara caya ngan tak jeee. ngahahaha!

Amirull Izzat said...

cis!! aku ingat betul..kusyuk aku baca..last-last ko tipu.. orang menipu potong lidah tp ko ak potong tangan...haha... hurm... cun gak awek tue....haha


p/s: apa perasaan ek bila ada awek? ak xdak awek

nazifa said...

entry terhebat..semua kena tipu..ceh! :p

piewahid said...

he3...
fitrah naluri insani sudah dtg! dh sampai seru nak berkapel kut?!

+qAsiH naDiRa+ said...

tadi ingat macam nak caya ye tau~hahaha!mmg sweet la jln citernye~mesti power bab wat karangan ni kan~awek 2 pun cun!haha!

BlueLu said...

t entry bru wat cter lg baekk punyer...gmbr awek kasi letak aq..haha..

hans said...

update la blog cepat sahabat ku lokman

Jom Tengok Entry Terdahulu

P/S : Download OST Lagu Tema Putera Katak - Ku Gembira

P/S : Kenapa Perlu Diadakan Benda Yang Tak Pernah Wujud?

Loyar Lawa said...

cehhhhhhhhhhhhhhhh cehhhhhhhhhhhhhhh kuang asam... baru je nak feeling2 romantik... tipu rupanya... kojaq arhhh~ geram betol... haha. baru nk tnya awek uum tue cos ape klo x leh berkenalannn... hahahahah

Cikbelog said...

nasib baiklah aku tak caye entri nieh..kahkahkahhh

Ana Mardia said...

uwaaaaa...apedaaa

Rama2Ungu said...

brader...bek lu buat cerpen la ...jln citer dah hadeee dah....heheheheh

cik wawa said...

hahahaha..gile la lu bro..hampir percaye..tp lu g pecah lobang..pelaa..jalan citer menarik...wat skrip drama laarhh!fuhhhh..

athirah said...

sengal... pnat je ambe bace..

.cik syana. said...

dari awal2 da rase lain.skaly betul rekaan je.haha. tapi best gakla.gelak guling2 bace nih.kehkeh!

concon haikal said...

terpaksa nak shampoo kepala nhe...mati mati aku percya ingt btul rpnya crita bajet2 novel hahahha btw citer kw hebat lha boleh jd writer....napa kw x buat novel jer cont cter nie mesti dpt lngganan hangat punya betul tak?

concon haikal said...

nak cover lha tu