06 December, 2012

Home » » 6 Pack: 4 Latihan Kardio Terbaik Untuk Mengecilkan Perut

6 Pack: 4 Latihan Kardio Terbaik Untuk Mengecilkan Perut


salah satu cara untuk membuang lemak di badan adalah dengan melakukan senaman ataupun
latihan kardio. latihan-latihan ini dianggap sederhana dan tidak membebankan, cuma apa
yang diinginkan adalah komitmen dan istiqamah amboii. di sini saya ingin berkongsi sedikit latihan
kardio berbentuk sederhana yang dapat membantu membuang dan membakar lemak dibadan.


1) Berjalan Kaki
untuk peringkat awal bagi seorang beginner, ataupun individu yang mempunyai masalah berat badan (terutamanya) dan juga siapa-siapa, berjalan kaki merupakan langkah terbaik bagi memulakan senaman. tetapi berjalan lah dengan langkah yang laju.


2) Berlari.
Berlari ataupun jogging merupakan latihan favorite@ kegemaran ramai individu dimuka bumi ini.
kerana tanggapan semua mengatakan jogging ini dapat menguruskan badan. Betul.Memang betul.
bukan sahaja badan, malah memberi kesan yang baik dari kepala hinggalah kaki.
Berlari dapat membakar lemak di perut, pinggang. di bahagian kaki pula berlari dapat membakar lemak
tepu di peha. tidak percaya? lepas berlari, tekan perut anda,  anda akan rasa seolah-seolah perut sedang mengeras. ini menunjukkan bahawa otot perut juga sedang bekerja.


aloh comelnya

3) Berbasikal.
yang seterusnya adalah berbasikal. kalau dibeberapa negara eropah, rakyatnya ramai yang
berbasikal untuk kemana-mana misalnya ke tempat kerja. tetapi, untuk situasi di Malaysia pula,
bolehlah berbasikal dimana-mana anda mahu, seperti dirumah menggunakan mesin, berbasikal di sekitar taman. berbasikal antara latihan ringan yang dapat membantu membakar lemak anda, terutama di bahagian kaki.
note: perempuan belum berkahwin tidak digalakkan sangat untuk berbasikal.


4) Berenang.
Berenang memang tidak dinafikan merupakan latihan yang sangat menakjubkan. cuba tengok otot atlet renang, lain daripada yang lain. ini kerana berenang bukan sahaja membakar lemak, bahkan ia menambah kekuatan di badan kita. selain itu berenang juga automatik dapat membentuk perut kita seandainya lemak-lemak tepu sudah dihilangkan. tak pandai berenang? menyelam sambil menggerakkan kaki dan tangan pun jadilah.
note: sepanjang aku berada kat UM ni, tak pernah aku masuk kolam renang. hampeh.

latihan kardio merupakan faktor penting dalam membentuk dan mengecilkan perut. tetapi, kalau pemakanan
tidak dijaga. serupa tak payah. pola makanan merupakan asas penting. tingkatkan kadar metabolisme,
jangan amalkan sebarang bentuk pil atau apa sahaja untuk menguruskan badan. ok?

www.tips-fb.com