11 December, 2012

Home » » Kenapa aku suka Kucing?

Kenapa aku suka Kucing?



semalam masa google, tiba-tiba teringin nak layan video-video makhluk comel ni,
teringin je aku bela kucing kat rumah sewa aku tu,
tapi apakan daya.
nanti cuti siapa pulak nak jaga? kalau aku pergi kelas siapa nak look after kucing aku?
kalau die buat hal, buat taik ke. tak mengamuk housemate aku.
tambah lagi die buat hal atas tilam. heh

harini aku nak cerita pasal kucing je,
A-Z pasal kucing.
dalam family aku hampir semua minat kucing, cuma sekarang dalam rumah aku
dah takdok kucing dah.
masing-masing dah malas nak bela. kalau ada aku boleh la aku tengok-tengok kan.
last kucing aku namanya miaw, mati tua, balik dari cuti U tengok-tengok dah takda.
sadis betul.!

ni lah encik miaw. dah arwah da

si miaw ni rapat dengan aku sorang je,
kalau dia nak tidur mesti carik aku dalam bilik,
kalau aku tutup pintu mesti dia bising-bising cakap nak masuk.
"tak reti nak bukak pintu ke bro? " cakap en.miaw.
pernah sekali aku lama tak balik rumah, agaknya dia merajuk dengan aku,
aku panggil-panggil tak mo datang, sudahnya bila aku ajak bergurau,
habis tangan aku di bedalnya. calar balar.



kenapa aku suka kucing?
kucing ni sifatnya manja sangat-sangat. sebab aku pun manja orangnya. hakhak
pastu kucing pulak jenis yang faham akan sifat manusia/ tuan dia,
kalau beliau nak kitai ikan, kita jerit haiipp, langsung tak jadi.
dulu kucing aku, aku tepuk-tepuk peha aku jer, terus die mai kat aku tidur atas riba aku.

kucing ni pulak boleh jadi pendengar yang baik,
kalau kita ngadu masalah awek kat die, kucing ni miaw kan jer, tanda setuju,
takda pun die cakap "bodoh la kau ni!".
kadang-kadang kalau bosan cik awek bz, kucing la jadi tempat peneman.
kucing kita boleh manja-manja, kita nak cium die kat public pun boleh.
awek? upss. hoho

kalau dulu, masa aku duduk kat rasah seremban,
belakang rumah aku penuh dengan kucing, sebab bapak aku jenis kalau jumpa
kucing terbiar, di ameknya bawak balik, bela.
dan aku ni mungkin ikut perangai bapak aku. jenis suka kucing.


pernah sekali ada sekor kucing aku ni,
time tu along aku nak hantar aku pergi tadika, si hitam ni pulak gedik nak ikot sama,
entah macam mana ada motor boleh terlanggar kaki dia, patah la.
tapi yang pelik mata beliau pulak buta.
kesian aku tengok beliau, perit jerih memulakan hidup baru tanpa penglihatan.
takpalah kat situ dah kurang dosa mata, hekhek.

nanti dah duduk rumah sendiri dengan orang rumah,
aku wajib nak bela kucing sekor dua, aku tak kira.
tapi,
kalau tak bagi jugak aku bela je. ape de hal. act like a dictator la kejap,. hoho

update:



selama gua bergelumang dengan kucing ni,
tak pernah gua tengok kucing borak-borak dengan anak diorang macam ni.
sumpah senyum sorang-sorang gua tengok.

tambah-tambah lagi part awal-awal, comel sungguh makhluk ni,
dengan part anak die terjatuh, cepat-cepat si induk dia bangun tengok anak.
menatang pun tau sayang anak poit.!
www.tips-fb.com

2 comments:

syaizan dzulkarnain said...

Kucing ny bnyk tlg sy ilang stress bila duk kat uma..hhuu nama dia mikalo kucing buta mata sebelah wrna putih tompok itam..rindu sngt kat dia..lme da dia prgi hhuu

Anonymous said...

Seronok baca....comel tul kucing Bengal tu