Assalamualaikum wbt,
apa habaq kawan-kawan? lama tak bertemu setelah aku membizikan diri. ceit.
walaupun dah masuk malam ketujuh Ramadhan,
rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan
Selamat Berpuasa di Bulan Ramdham
kepada insan-insan tersayang yang mengenali diri aku ini.
dan haa kau yang tengah baca tu, selamat memenuhkan puasa kali ni.
especially kepada brader-brader yang sudah lanjut usia. :-p
dah lama rasanya aku tak bertaip-taip kat sini,
tambahan hutang aku kat blog ni katanya nak sambung entry Italiano Vaveng
Tapi apakan daya,
sudah masuk bulan mulia ni tak baik lah aku nak kutuk-kutuk terhadap yang telah berlaku.
maafkan aku Balotelli, Pirlo, Montolivo dan Thiago Motta. apada cita pasal bola.
*******************************
bila masuk bulan Ramadhan je mesti aku type satu entry khas
untuk bulan Ramdhan ni,
yang lepas-lepas pun ada jugak.
bila semua dah habis dok aku story, sekarang ni kering pulak.
tak tau nak tulis apa walaupun aku sedang menaip sekarang.
puasa kali ni Alhamdulillah dapat la sahur bersama family,
walaupun waktu berbukanya aku jarang dapat makan sama-sama.
takpelah,
ada insan yang sahur ngan buka pun tak dapat ngan family.
*******************************
Korang ingat tak,
pernah sekali dulu sebelum ketibaan teknologi bagai ni,
asal masuk bulan pose je,
perh itu jam kad raya macam popia basah, sedap je.
walaupun aku tak makan popia. heh.
masa tu masing-masing menunggu kad,
kalau cuti sekolah mula lah hari terakhir tu mintak alamat kengkawan,
konon nak passing kad raya katanya,
macam aku ni, mintak alamat kemain sudahnya sekeping pun tak hantar.
takde keje aku. hehe.
tapi bab menunggu kad aku no 1,
tak silap aku seumur hidup aku ni lah kan,
dah nak menjangkau 22 tahun ni, 3 keping kad raya ke aku dapat. hehe
itu pun tak ikhlas, ade ke patut letak duit raya setakat 10cen 1cen JER?.
" nah duit raya
untuk
awak yang disana
10cen"
tak rare ar macam tu,
sekarang pun entah dah jadi buku agaknye kad tu sebab
dah dikitar semula. heee.
walaupun begitu aku tetap teruja sebab nama aku tertera
dekat sampul surat tu dulu. kau ada?
setakat surat wang pendahuluan PTPTN rm500, aku pun dapat. ceh.
semua tu kenangan masa masuk bulan pose,
masa masih di sekolah rendah dulu,
sekolah menengah dah takda post-post dah,
by hand je terus,
baru la gentle!
tahun ni tak tahu trend mengucapkan selamat berpuasa dengan raya macam mana,
kalau tahun lepas trend kat pesbuk macam kat pic bawah ni,
tahun ni?
buat video than post kat youtube,
yeah retis youtube, hakhak. najwa, najwa latip.!
*********************************
walau macam mana pun,
pokok dek kau lah, asalkan bahagia dan seronok.
so di kesempetan ini aku nak mohon maaf awal-awal lah,
maaf zahir dan batin,
kepada semua insan atau individu2 yang pernah aku sakiti
secara langsung ataupun tidak langsung.
diri ini tak pernah lepas dari membuat kesilapan. :-)
ada sapa-sapa nak pos kad raya kat aku?
pm kat email aku eh,
draft adress aku da siap da, tunggu nak foward je. hehe.
cuba tengok kat tab atas " Contact Me" ngee.
Tweet