29 January, 2012

Home » , , » Jerat Bollywood

Jerat Bollywood

Assalamualaikum wbt,
Kabare teman-teman? waras? aku bukan anak jawa. heh
Tak sangka kan,
Entry kali ni antara update terpantas aku dalam masa seminggu,
Mana taknya sebelum ni kadang-kadang sebulan 2x je aku hapdet,
Dah la jarang update, sekali update entry cikai-cikai ayam je. ape pun tak boleh.

Kali ni aku takmo intro memanjang,
Kang bila memanjang sangat orang pedap nak baca,
Bila taknak baca buat penat je aku menulis, heh.
Sekali lagi ape pun tak bole, puii...




Korang pernah alami tak? dimana satu masa dulu Malaysia dilanda demam Bollywood?
era-era lewat 90-an dengan awal millenium (2000).
Time tu kalo korang ingat lagi asal hari sabtu ahad je,
pukul 2-5 petang mesti movie hindustan,
Takda cita lain waktu tu, wajib bollywood.

Masa tu aku pun terkena jerat bollywood ni,
Mana taknya, rumah aku ni dah la ramai pangkat akak-akak, means aku ramai kakak,
So nak taknak,
Kalau diorang layan aku pun join la sekaki nengok tv,
Bukan setakat aku, abang-abang aku, baaapaakk aku pun dok layan.
Masing-masing dok terkena jerat bollywood ni.




Aku tak faham apesal ramai sangat tangkap leleh dengan bollywood ni.
Padahal genre dia sama je:

i) jumpa
ii) then cinta sampai tak ingat dunia.
iii) mesti ada part gaduh, sebab dok ngurat awek @ tunang orang. bodoh..
iv) hero kalah dulu, takpun family tak restu.
v) lastly mesti bersama jugak, wajib ada part orang akan mengalah bila nak penghujung.

genre bollywood ni sama je masa dulu,
cuma yang membezakan jalan cerita, ada yang terjumpa dalam train,
Ada yang jatuh cinta pandang pertama, eehh puii la.



Pada pandangan aku la kan,
Antara sebab yang memungkin orang dok gila terkena jerat boollywood ni,

i) dia menyelitkan unsur-unsur kekeluargaan, sifat kekawanan.
ii) bollywood menunjukkan kelakian (gentleman), hero wajib usha heroin, part ni la ramai gurl dok cayaq sebab mereka dok angan-angan akan ada boboi buat camtu kat depa. haishh

iii) pastu dalam setiap babak, mesti ada nyanyi sambil joget-joget, yang asalnya berdua tiba-tiba ada background music, paling takbleh blah tah mana datang penari latar, tiba-tiba je.

so agak-agak bila movie kat Malaysia nak selit-selitkan unsur camtu?
yang family&friend tu mungkin dah ada,
Tapi yang (ii) tu sikit, masih tak mampu buat orang senyum sorang-sorang dalam bilik.

Tapi hak no (iii) tu macammana?
Takleh aku bayangkan Malek sama Shark menyanyi sambil joget dok rebut Kawasan dalam cite KL Gangster. heh.

nak tau awek bollywood yang aku minat? tu kat atas tu, Mahduri Dixit (ayuu beebb) huhu,
Cite paling bez? pic no dua dalam entry ni.
Lagu paling bez?




p/s: bollywood sekarang tak macam dulu.
www.tips-fb.com

16 comments:

na-bi-lah said...

sekarang seksi je lebih..menari tak pandai..muka tak ayu..dulu boncit2 pon menari tanak kalah..eh kantoi layan hindustan dulu

dela taufique said...

hindustan dulu gn lani ade kelebihan n kelemahan masing2 ..sy suke yg dulu2 ..tapi xdela yg zaman 60an 70an tu ..yang awl 2000 la ..

yg skrg sy suke cte nustan yg lebih kepada pendidikan cthnye mcm 3idiots tu . one of the best hindi muvie which is edu-oriented skit hehe

Nadiah Abdah said...

salam ziarah ^^

Raihana said...

visit here

Diari Si Froggie said...

zaman dulu aida pun peminat no1 industan..kalau hujung minggu je mesti wajib tgk. haha.. tapi skrg dah tak dah..industan tak best..seksa tgk. huhu

LiNda said...

hee..dulu2 mase sekolah memang rajin le tgok hindustan nih.Tapi sekarang ni dah x rjin coz dah bosan, cerite pun dah xbanyak yg best mcm dulu2. Baik layan movie tamil, lagi best..hehe

Nyue said...

mse kecik2 layan gak hindustan coz ad kwn satu kepala..skang..dh ketinggalan..xknl dh..

nora rashid said...

tu la kan...ramai sgt pelakon baru bollywood...sampai x tau nama...berlakon tah pape..seksi je lebeh!!

Liyana Anuar said...

betul-betul..bollywood skang ni banyak tayang body je. Jalan citer kureng..

p/s:suka sangat citer dilwale dulhanis le jayenge tu~ :)

Cik tikah said...

kalau tngok cite mann, mesti meelh air mata :P

emylase. said...

betul2..drama melayu skrg dh byk pasal rebut harta, jenayah bla bla bla, mana laa masalah sosial tk meningkat adeh. :\

Lady Shana said...

betolla.. dah tak sama.. skrang ramai yg suka Korea & Jepun.. Termasuk la sy.. hihihi

Koding said...

Cerita tamil lebih realistik berbanding Hindi...

dayah said...

cite tamil lagi best skang la ;) hindustang da xfemes skang

E'in said...

e'in pun minat hindustan.. nak2 shah rukh khan.. tgk cite mohabbatein tak? hehehe

Cik Caah said...

kan?
kalau cerita dedulu best,tapi cerita sekarang pun ada jugak yang best. cuma tak banyak macam dedulu la. contohnya,3 Idiots. banyak gila pengajaran :)