05 February, 2012

Home » , , » Kisah Kuih dan Lalat

Kisah Kuih dan Lalat

Pada petang sabtu lepas,
Ibu kau hulur sekeping note RM10 dan meminta tolong kau belikan kuih,
Lantas kau mencapai kunci kereta/motor dan menuju ke kedai jual kuih,
eh jap kuih tu untuk apa?
kuih tu kau nak buat juadah petang la, sebab adik beradik kau balik,
So boleh minum petang santai bersama.


kau pergi kedai ni tutup, then kau pergi tempat lain pun tutup,
seterusnya kau tak berputus asa kau pergi kedai ni pun tutup, damn,,!!
tiba-tiba kau teringat simpang 3 Jalan Bedah ada makcik ni jual kuih,
Kau pun pergi.
Setibanya kau disitu, kau nampak kedai makcik ni bukak dan dengan gumbiranya
Kau menuju ke makcik tu.
Ni lah roman@rupa kuih-muih makcik tu




Kau tengok kedai makcik tu banyak lalat,
dan ada 2 bekas berisi kuih, yang satu tak tertutup dan 1 lagi tertutup rapi,
Yang mana kau akan pilih?


KES 2


Setibanya kau disitu, kau nampak kedai makcik tu bukak dan dengan gumbiranya
kau menuju ke kedai makcik tu.
Ni lah roman@rupa kuih-muih makcik tu




Kau tengok kedai makcik tu banyak lalat,
dan ada 2 bekas berisi kuih,
Yang satu tertutup suukuuu jer, dan yang 1 lagi tertutup rapi,
Mana yang akan kau pilih?


KES 3



Setibanya kau disitu, kau nampak kedai makcik tu bukak dan dengan gumbiranya
kau menuju ke kedai makcik tu.
Ni lah roman@rupa kuih-muih makcik tu.





Kau tengok kedai makcik tu banyak lalat,
dan ada 2 bekas berisi kuih,
Yang satu tu tertup 3/4 jer, dan yang satu lagi tertutup rapi,
Yang mana satu kau akan pilih?




Faham tak cerita kuih dan lalat ni?
tak faham?
Cuba tengok diri kita dan sekeliling kita,
Satu detik nanti kau akan faham jua.


p/s: kuih bulat-bulat dengan kuih star ada ke jual? heh gambar cikai-cikai siap frame tu der.

www.tips-fb.com

13 comments:

Cik tikah said...

pilih yg tertutup semua ibarat wanita yg menutup aurat sepenuhnya. terjaga maruah diri :)

.cik syana. said...

wow.hebat.
paham maksud tersirat di sebalik cite kueh star n bulat tu.btw,kueh tu sungguh menawan lar gn kaler dier.hikhik ;P

Yana Libra said...

mendalam maksud~~ :)

biela bell said...

mestilah nak yg tertutup tu..:)
maksud tersirat yg baik:)

sya fieqa said...

faham!
=)

Lady Shana Sweet said...

I got it!! TQ.. :)

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

ni bukan tok gegurl je,,tok boboi pun bule,,huhu

nasihat utk diri aku dan kawan2

ZiErWa zAiNaL said...

:) sume yg membaca pasti nk yg tertutp kn?hehe

Koding said...

Bagus...
Ada moral disebalik cerita tersebut...
Pilihlah yang bertutup rapat...
Kaum wanita wajib maklum hal ini dan mengambil tindakan ...

Cik Ca'ah said...

oh,gitu maksud tersirat dia
mestilah nak tertutup kan?
:)

syasyajohan said...

oh,kiranya nak dikaitkan dengan aurat lah ni.ohsem :)

btw,comel what kuih star + circle

Aida Omar said...

secara peribadi dua ditinjau dulu..tapi akhirnya pilih yang bertutup jugak :P mendalam maksudnya tu..huhu.

p/s : lawa kuih dia unik :P

Hans said...

hehehe
nice entry
maksud tersirat dan tersurat dia memang best
:-)


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html