21 October, 2011

Home » , , » D'Great of UM

D'Great of UM


I'm proud 2 be UM student,
Kenapa?
Sebab bapak aku cakap UM ni university no satu dekat Malaysia?
Yeker??
Ahh perabaikan pasal ranking,
Sebab kerana "gila" ranking student terumbang ambing tak tentu hala.

Hari ni 21 Oktober 2011,
Genap berapa bulan tah aku study kat UM tapi yang aku pasti semester ke5 aku,
Sepanjang 5 semester atau 5/2 tahun inilah aku menjadi pemerhati,
Pemerhati apa kebaikan, kelebihan, kecantikan,
Pemerhati apa keburukan, kelemahan, dan ke "bangsatan" yang ada kat UM ni.

Dan hari ni aku nak luahkan apa yang kebanyakan orang ingin luahkan INCLUDING aku!!
Yang selama ni students UM hanya cakap among their freind.


"eee um ni kan,,,kan,,kan"  " alahaaii um ni,,," dan blah blah blah serta blah.


Bila sebut "luah" jer ! dalam situasi ni mesti korang dah dapat tangkap
Apa yang nak disampaikan kan kan?


1) YURAN

" u have to thankfull b'cause UM fees is lower compare to other IPTS" 
Kata salah seorang lecturer aku.

What..?? The Park??
UM ni IPTA ok? Institut Pengajian Tinggi Awam.
AWAM dalam kamus dewan sesuatu yang bersifat general,
Sesuatu yang disediakan oleh kerajaan,
Seperti PDRM dimana perkhidmatannya tidak perlu dibayar,
Ada juga yang perlu dibayar seperti HOSPITAL AWAM tetapi didalam kadar yang cukup rendah.

yuran semester 5

Cukup aku tunjuk yuran semester 5 ni,
Secara konklusi YURAN di UM ni memang tinggi melampau,
Jumlah kat atas tu tanpa MAKAN ok
 

Dari 1st year aku dok fikir kenapa tinggi sangat?
Then godek punya godek,
Baru dapat tahu yang BENDAHARI UM ni badan korporat,
So gred gaji bagi KORPORAT sebenarnya lebih tinggi berbanding KERAJAAN,
Dan juga bila dah namanya badan korporat,
Mereka-mereka ni berasaskan profit maximization.


Pernah "sekali" bendahari um ni buat hal,
Aku pun tak ingat semester bila,
Dimana bendahari UM ni cuba rolling duit bantuan JPA pelajar.
Mula-mula depa dok kata JPA tak bagi duit lagi,
Dan mungkin akan dapat dalam sebulan lebih daripada tarikh pemberitahuan.
Kuasa Allah,
Ada seorang hamba Allah ni mengambil langkah drastik untuk menghantar 1 emel kepada pihak JPA,
Uppsss terkantooii sudaahhh disitu apabila pihak JPA memeberi respons terhadap emel tersebut.


emel yang dibalas oleh pihak JPA


Tak lama lepas print screen emel ni tersebar,
Memang betul dalam seminggu dua after that duit JPA pelajar masuk akaun,
Haha,
Ingatkan pihak UM nak kekalkan dengan sebulan setengah tu.


so konklusi?
Yuran UM ni memang jauh tinggi compare to other IPTA.


2) hal hal berbangkit (macam meeting postmoterm plak)


Untuk pengetahuan semua,
Semester ni adalah semester paling worst penah aku alami,
Bukan setakat aku jer, tetapi majo kawan-kawan aku pun sama.


Kenapa?
Read this post.






Ketepikan dulu isu WIFI tapi moh kita borak pasal BAS dulu,
Mulai semester ni,
Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan bas,
Macam pergi kelas, balik kolej,
Perlu membayar sebanyak RM30 untuk satu semester,
Mungkin nampak kecik RM30 satu semester,
Tetapi nilai disebaliknya cukup besar.
Siapa yang dah bayar akan diberi pass,
Dan siapa yang tiada pass memang takkan boleh naik.


Mungkin dalam kes ni aku tak terkena kerana mengguna motorsikal
untuk kemana-mana.
Tetapi based on my experience la kan,
Masa aku 1st year dulu perkhidmatan bas kat UM ni boleh aku katakan DAMN,,!!


Masa bergelar junior dulu mana ada motor bagai,
Then bergantung jela pada bas,
Tetapi disebabkan "DAMN" tu, dengan keadaan bas lambat,
Dah la lambat kontot lak tu,
Dan dengan jumlah pelajar yang nak naik bas cukup ramai terutama perempuan,
Terpaksa la aku dan kawan-kawan menggunakan kemachoan diri untuk
Pergi ke fac berjalan kaki.
Ok la kan exercise tu. hakhak ciiss.!


Okeh sekarang isu WIFI plak,



Untuk semester ni setiap pelajar harus membayar RM100.00
Untuk services WIFI,
Pada aku ok la sebab benda ni kan makan kos tinggi,
Sebab budak-budak sekarang guna tenet tok download jer,
Termasuk lah aku sekali.


So 1st impression aku internet kat UM akan makin LAJU,
Peerhh beb memang supeerrbbbb.!!!
Meh tengok result dia,




Haa tu dia punya laju,
Rumah aku nye WIFI lagi tiptop,
Tetapi dalam kes tak semua tempat slow,
Macam speed kat gambar atas ni dekat bilik aku,
Ada tempat-tempat yang laju macam di dewan,
Di fac aku pun agak memuaskan.


Bila sebut Kolej Kediaman Ketiga Belas ni,
Tiba-tiba aku nak bangkitkan satu isu,
Mungkin isu ni ramai tahu tetapi hanya lepas di mulut,
Dan aku pulak hanya lepas di econpolics.com.

gambar hiasan

Aku nak cakap pasal harga t-shirt,
Korang pun sedia maklum kan? Makin banyak makin murah?
Betul tak?
Bila kita tempah t-shirt dengan kuantiti yang cukup-cukup banyak,
Ofcourse supplier akan bagi harga yang murah? betul tak?
Sebab walaupun harga rendah tapi margin keuntungan tinggi.




Kenapa harga SEHELAI t-shirt boleh sampai RM30?
Sedangkan jumlah yang ditempah 800++ helai,
Bukan 20++ helai.
Salah satu kepincangan yang cukup ketara,
Kain memang sedap, depa guna kain jersey,
Tapi takkan sampai RM30?


Tahun lepas aku pernah buat program,
Jumlah peserta around 50 orang,
Baju pun jenis kain jersey,
Boleh dapat dalam harga RM20 jer?
50 helai dengan harga RM20 sehelai?
Apa cer?
Hak ni 800++, kang aku kata makan duit marah pulak.
fikir-fikirkan lah tentang ni.


Bukan aku nak memburukkan nama Universiti Malaya,
Tetapi inilah hakikatnya.
Actually banyak lagi kekurangan,
Macam birokrasi pihak HEP dan BENDAHARI,
Dalam entry ni aku ambil isu yang lebih general,
Semua orang merasa.



Apa yang best pulak pasal UM ni?
Bagi aku antara yang ter"best" mendalah ni,


credit to Khairuddin Mat Hasyim
KAWAN-KAWAN.




p/s: agak-agak aku akan dikenakan tindakan tatatertib tak? takut-takut berani ni,hakhak www.tips-fb.com

10 comments:

vblogklasik said...

Exctly.. kawan2 la yang best kat U.

Nabilla Nasir said...

dulu bas mmg cam haram. tp since die dah amek company swasta masuk(cityliner) and bayar 30 rggt tu, aku rase dah ade improvement. every 10-15 mins ade bas. tp kalau bab yuran mmg xpuas hati. even 8th college dah mansuh yuran makan, yuran aku still 2000++. sbb

Unknown said...

pernah jugak buat macam ni, tulis pasai hal2 di upm..

alhamdulillah tak kena apa2. semua benda yang sepatutnya diberi pandangan dengan mata yang lebih terbeliak oleh mereka. hehek

Nurin Farhanah said...

memang aku setuju habis...

aku awal-awal lagi dah bagitau family aku, jangan masuk UM untuk 1st degree..
ape? ranking first?
pergi mam, duduk sini kau memang banyak duit habis, dah lah equipment lab pun menyedihkan

oh well, university is a business..

kau tengok tahun ni je student first year yang kos jauh dari kolej aku tiba-tiba tinggal kat kolej aku..memanglah tak wajib bayar duit bas sekarang, tapi diorang paksa student beli kad bas dengan cara ni..
no to mention, dewan exam, yang dulu centre of um, tiba-tiba dah berubah tempat

Unknown said...

Sy Intake 2000 dan grad 2003. Kebanyakan isu2 ni sama sejak dulu. Memang mengarut bab yuran!

Rozana Razali said...

mahalnya yuran, saya kat UIA yuran xcecah RM2000 pun, saya punya RM11++ tambah yuran kolej RM4++ je. tapi ikut course la, yg mcm engin, medic xsure la yuran diorang berapa. =P

INNANIE ARIFFIN said...

UM terlalu banyak politik, birokrasi, rasuah! Dah banyak sangat makan duit student!!!

ⓌⒶⓉⒾⒺ ⒹⒾⓂⓅⓁⒺ said...

beruntung jd student uitm .
yuran hya rm400++ persem and everything free.siap dpt elaun mkn tiap bulan lg touh ...:)

My Name is Mar said...

Kalau semua student UM buat statement macam ko..
Rasa2 yuran UM turun x?
Hohoho!

Rizal Hashim said...

uik mahal nye yuran korang, aku nye paling pon rm 500 je.