26 September, 2011

Home » , , , , , , , » Kosong

Kosong




Dah lama blog ini tak berusik,
Kadang-kadang niat di hati  hendak menaip,
Tapi tak terdaya otak aku ni nak memerah idea,
Mau je aku bukak berita harian online,
Ambil 1 story then publish dekat blog ni,
1 hari 1 story.


Tapi itu bukan style owner blog ni sejak ianya
secara rasmi di sign-up 2008 dulu.
Mau apa yang berlaku di sekeliling menjadi pencurah idea pada penulisan blog ni.

Mungkin kesibukan melanda?
Tambahan di UM sudah masuk tahun akhir,
Mungkin focus lebih kearah pelajaran,
Ditambah-tambah lagi dengan beberapa amanah yang dipikul,
Sebagai s/u persatuan juga salah satu sebab yang memungkinkan.
Mungkin aku gila mungkin sebab banyak sangat word mungkin.

Tapi aku tau bukan kesibukan di atas yang membuatkan econpolics.com
Ni tak terusik.
Kadang-kadang aku terasa sesuatu yang menggusarkan.
Walaupun sibuk dengan rutin harian,
Namun aku tetap merasa ada yang tertinggal,
Ada sesuatu kekosongan dalam diri ni.
What is it bro?

Apabila bersendirian rasa kosong melanda jiwa,
aahhh keparat perasaan ni.
Gotcha,,!!
Aku tau dah apa kekosongan yang melanda diri aku ni.


Yer,
Diri aku ni dah jauh sangat dari Maha Pencipta,
Kesibukan diri membuatkan aku alpa pada Allah,
Aku yakin itulah puncanya kekosongan jiwa ini,
Tiada siapa yang mendapat mengisi kekosongan ini
Selain mendekatkan diri pada Yang Maha Esa.
:-(




p/s: ayat yang terlalu skema bagi aku. www.tips-fb.com

5 comments:

Umie Nadhirah said...

ayat pun bersawang jugak ? haha

cik kartun said...

xsalah nk cter pasal isu2 semasa..
kekadang CK p0n amik artikel dari kosmo huhu

Khalifah said...

Barangkali Allah mahu menegur kita dengan cara paling pedas, paling menghiris hati kita agar kita duduk bertafakur , memikirkan taushiyah( nasihat) dan peringatan yang ‘direct’ Allah berikan buat kita.
Di situlah kita patut berterima kasih kepada Allah kerana masih memandang dan melihat kita walaupun jauhnya kita dari Dia, akibat maksiat dan alpanya pada Dia.
Di situlah kita akan tunduk, istighfar, dan sentiasa muhasabah dan terus muhasabah.

Semoga Allah memberkati perjalanan hidupmu sahabatku~~ =)
Selamat Berjuang!

dayah said...

bagus entry apdet, xlupa tanggjwb jgk kan, eh..huhu, nice vid

Nurin Farhanah said...

kadang-kadang tu, wakktu kita sibuk dengan hal dunia, sampai nak communicate dgn Allah dah limited..tu Allah hantar masalah, supaya kita ingat pada Dia, dan sellau bergantung harap pada Allah

*wargh!! bz jugak final year tahun ni..dah lah yuran UM makin mahal