11 September, 2011

Home » , , , , » Hidup Ini Sementara

Hidup Ini Sementara

Kisah 4 Bulan Lepas.

Masa ni aku
Sedang sibuk-sibuk mencarik part-time job dengan member aku sorang,
Puas siang malam mencarik,
Tapi yang malam tu selalu pergi lepak minum je la.

"dey macha, hape cerita ni?" soal aku kat mikhael
" apobondo eh?" balas mikhael
" 1 hapak haram tak dapat kerja ni, macam jebon la"

Itu la situasi yang berlaku kat kitorang,
Aku yang tengah cuti sem 4 bulan,
Tambah dengan macha mikhael yang baru habis study,
Terkincit-kincit melilau mencarik kerja.

Ajal jodoh REZKI semua kuasa Allah,
Aku dapat jugak buat kerja part-time,
Dan si mikhael ni pulak dapat kerja kat KL,
Yang penting jangan pernah putus asa usaha tu,
Doa dengan restu mak apak tu penting.




Bila dah sibuk macam-macam hal,
Dengan kerja la, anak bini, mak ayah dan bagai,
Masa berlalu memang kita takkan perasan.

Tengok-tengok tup-tup,
Haakaaduuhh dah PUASA,
typical orang kita bila masuk je bulan-bulan penting ni,
Mesti kita cakap 
" alahaaii tak sangkanya, esok dah puasa kan? kejap jer"

Bla bla bla bla Pot pet pot pet,
Walaaweeehhh dah RAYA la der,
Cepatnya puasa dah nak melabuhkan tirai,
Bagi yang puasa penuh tu seronok la nak raya.

Bagi yang setan tu?
Puasa nye tak tapi raya bagai nak rayak.
Hape pun tak bole la.

***************************************
Kisah Selepas 4 Bulan

Tadi aku mula type kol 10.30pm camtu,
Sekarang? dah 11.23pm,
Kejap je kan?
Padahal tulisnya bapa kerat je.
Tulisan pun macam gampang berterabur nya.

Itulah dunia der,
Dunia,
Hidup ni sementara.

Jangan la beriya-iya sangat hidup tu,
Huha sini Huha sana.
Kita ni mati pun tak tau bila kan?
Mana tau esok lusa tengok-tengok,
Owner www.econpolics.com ni dah kiok,
huhu amal tak cukup lagi der.

Hak atas tu kisah yang 4bulan lepas,
Aku cuti sem then kerja,
Pastu puasa, dan pastu lagi raya.
kejap je kan?

Sekarang pulak?
Aku ada kat dalam hostel,
Esok dah mula kuliah.
Ciss.
Hatiku tak ikhlas betul naik sem baru ni.
Biasalah kan mood dah hilang.

So nasihat pada diri aku dan korang-korang,
"Beringatlah, banyak-banyakkan beramal."
Aku pun tak ingat siapa punya ayat aku tibai.

Oraiitt adios.

p/s: tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab idea tak panjang.
p/s: kelajuan internet agak "memberangsangkan" ciisss
www.tips-fb.com

1 comment:

Umie Nadhirah said...

sabaq la.. tenet suka wat hal malam minggu.