30 July, 2011

Home » , , , , » Ramadhan Kali Ini

Ramadhan Kali Ini


"Hai orang-orang yang beriman,
diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu,
agar kamu bertaqwa "
(Al-Baqarah:183)


Assalamualaikum wbt,
Sihat semua?
Alhamdulillah aku sihat, kaki pun semakin baik,
Memandangkan lusa kita dah mula berpuasa,
Dan esok masuk je Maghrib dah masuk bulan Ramadhan.
Entry kali ni takda nak sound-sound dah,
Tak macam entry lepas.

*************************************
kanak-kanak.

Masa zaman ni mana tau apa,
Tau pose ni tak boleh makan tak boleh minum,
Dah tu en.ayah tambah sikit-sikit,
Kalau korek hidung siang hari pun tak boleh,
Nak korek tunggula malam,
Korek la puas.

Dah besar baru aku faham,
Ada udang disebalik batu,
Untuk bebudak sesuai la dengan korek hidung,
Kalau untuk suami isteri?
Say NO di siang hari, YES di malam hari,
ngeengg..!!

awal remaja.

Masa ni syaitan dalam diri dah mula naik minyak,
Walaupun dah faham sikit-sikit apa erti puasa,
Tapi dek sebab bodohnya diri,
Kadang-kadang terkantoi jugak puasa.
Baru nak naik katakan.

Pergi toilet ingat nak basahkan muka,
Nak segarkan diri,
Then sekali dengan kumur-kumur,
Uppss tertelan,,
Celaka sungguh perangai.

akhir remaja.

Time ni dah takda monteng-monteng,
Kalau monteng jugak,
Memang nak kena sepak.

Dan time ni jugak hampir tau semua
Benefit di bulan Ramadhan,
Pahala digandakan, doa diterima, malam lailatul qadar.

Banyakkan sedekah di tangan kanan tanpa tangan kiri tau,
insyAllah untuk penghapusan dosa.
Al-Quran jangan dilupa.

TAPI??
Tak guna kalau semua kat atas ni
Kalau kita hanya puasa lapar dan dahaga,
solat 5 waktu jangan dilupa.
Hak tu yang wajib.

dewasa.

Tak puasa?
Memang patut kena flying kick sploh kali.

Dah 3x puasa aku tak dapat berpuasa dengan family.

Yang pertama,
masa tu kat matrik Kolej Mara Kuala Nerang.
Jauh nun kat kedah, dapat puasa berapa hari je.

Yang kedua,
Masa aku 1st year kat UM ni,
Tak silap aku 2x je aku puasa dirumah,
Nak kata jauh, Seremban-KL apa la sangat.

Yang ketiga,
Puasa 2010, lagi siot punya perangai,
Tiap minggu ibu call tanya tak balik ke,
Hadoii awak pulak time tu tiap minggu ada program,
Dapat sekali je bersahur dengan family.
huuu.

InsyAllah kalau panjang umur kali ni
Aku dapat berpuasa dengan family.


Maaf zahir dan batin kepada semua,
Andai kata selama kita kenal ni,
Tak kisah la pada siapa,
Ada tersalah silap aku/saya pada anda semua.
www.tips-fb.com

5 comments:

dill said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Moga awak berpeluang bersahur dan berbuka bersama famili :)

dill.

Umie Artoqiemie said...

moga awak dapat puasa ngan family.. hehe ^_^

slm ramadhan :DD

d_tieah said...

Selamat menunaikan ibadah berpuasa.. Yelah, cuti sem panjang kan, boleh arr berpuasa dengan family.. Toksah nak pening fikir pasal sahur.. Ngee :)

Entry Terbaru 1 : Khairul Fahmi Putuskan Pertunangan ; Ini Kenyataan Elia
Entry Terbaru 2 : Khairul Fahmi Putus Tunang ; Pengajaran Buat Yang Lain
Entry Terbaru 3 : Golden Churn Creamary Butter Tidak Halal

WAHIDA ALIAS said...

selamat berpuasa! =))

Melatidaisy said...

salam,

slamat berpuasa broloq, semoga ramadhan kali ini mmbawa seribu satu rahmat :)