26 June, 2011

Home » , , , , , , » AYAH IBU : Di Rumah Orang Tua2

AYAH IBU : Di Rumah Orang Tua2


Semalam,
Selepas menyaksikan Jozan disingkirkan oleh Sepah dalam MRL,
Dan dimana Jambu sepatutnya no3 bukannya 4 "pandangan gua".
Aku ingatkan nak update.
Tetapi memandangkan aku balik kerja pukul7,
Agak keletihan di situ.


Mungkin semalam dan harini,
Orang dok sibuk mengatakan Sepah juara Maharajalawak,
Tanpa disangka Jozan berada ditempat ke2.

Tetapi bagi aku,
Ada benda lagi penting yang aku nak cuba sampaikan,
Yang mungkin kebanyakan orang dah biasa dengar,
Dah biasa tengok.


**************************************


Semalam kalau korang tengok Imam Muda,
Episod kali ini menceritakan tentang tugasan imam-imam
Melawat ke rumah orang-orang tua,
Orang tua-tua? 
aarrgghh ayat yang mana 1 betul pun aku tak tau.

Aku takmau cerita panjang apa yang Imam-Imam ni buat
Kat rumah orang tua-tua ni?
Sebab ramai orang dah rasa,
Carik sorang jadi mak bapak angkat,
Beburak bagai, tolong tolong kemas.
Biasa,,,,,,,

Tapi aku tertanya-tanya,
Mana anak-anak diorang?
Hape keparat sangat sampai letak mak ayah korang kat situ?

Nak kata yang dok situ ramai yang takda anak,
Nampak benor nipunya,
Majoriti semua kat situ beranak,
Haha,
Beranak : ada anak.

Tetapi DIMANA ANAK MEREKA?
Persoalan yang tiap kali akan timbul,
Bila mana kita pergi ke tempat tu,
Baca di dada-dada akhbar pun akan keluar
Persoalan yang sama.



Ya Allah,
Mintak-mintak lah aku tak tergolong dalam golongan
Seperti kat atas ini.
Amin.

***********************************************


Tempat: Petronas Matahari Height, Senawang.

Dari semenjak kereta tu sampai,
Aku dah dok peratikan,
Nak tuang taknak, nak tuang taknak.
50-50 dalam otak aku ni.

Tengok yang keluar pergi bayar seorang Makcik
Yang agak uzur,
98% otak aku set " tuang ".
Pantas anggota badan aku ni mengikut arahan otak.

LOQ : takpa pakcik, biar saya isikan. ( dengan senyuman standard aku bagi kat orang lain )
M.CIK : Pakcik kau tu dah tak larat, kaki dah sakit sangat.
P.CIK : Biasanya anak pakcik yang isikan dulu ( sambil mata pandang kat tempat lain )
M.CIK : a'ah.



aku tengok mata pakcik ni dah bergenang. aku teruskan dengan menanya beberapa soalan
Supaya dia dapat lepaskan perasaan
Suka atau duka yang aku sendiri tak pasti.

LOQ : Anak pakcik mana?
P.CIK :  dulu dia memang rajin ( dengan air mata bergenang tunggu masa nak leleh je )
LOQ : Anak pakcik dok mana sekarang?
P.CIK : tuuu Levender Height tu.

Aku stopkan perbualan kat situ,
Sebab terasa soalan aku ni menikam jiwa orang tua tu,
Tetapi bila aku fikir balek,
Cara pakcik tu cakap seoalah-olah seperti dibuang anak.

Dengan keadaan mereka yang daif,
Dari segi pakaian mahupun kenderaan,
Dari segi riak wajah muka pun kita dapat rasa.

Dan aku tetap bangga dengan pakcik makcik tu,
Walaupun aku cuba mengorek dengan soalan-soalan tu,
Tetapi pakcik terutamanya selalu memuji anaknya.

Tengok,
Itulah lumrah ibu bapa,
Jahat manapun anak dia,
Mak bapak takkan cerita yang buruk pasal anak mereka.

Tetapi mengapa kita tidak? 

p/s : aku kalau bab mak ayah ni lemah sikit.

sumber gambar  adibahmalina   dan coklatakusuka
www.tips-fb.com

9 comments:

Unknown said...

xpernah tgk imam muda ni sbrnya.. hurm... kna cuba tgk la nanti

Anonymous said...

my ayah n emak kat rmh......

Aku Bah Nie Imah said...

sy sayang mak dan arwah ayah sy . .

Hans Hanis said...

minta kita semua tak buat la dkt mak ayah kita macam nih
kesian weih antar rumah orang tua2

Boleh Tak Jangan Jadi Penonton Yang Menjengkelkan?

dayah said...

simpati. pendek cite, hargaila org sekeliling kita sementara mereka ada-IM Hasan

hrp IM hasan menang IM

Connecting With My Own Soul said...

mak ngan ayah dah tido. sekarang ni memang ramai manusia dah kering hati. lebih mengejar keduniaan. kan?

shafiqahkay said...

sumpah aku sdh... nak lak pasal abah.. aku dgn abah aku mmg rapat pulak.. haisshhh

Nur Sulastri said...

tu lah, berdoa sangat kita dijauhkan dari golongan anak yg tak harus dipanggil anak macam tu.
sedih sangat. bila lagi nak berbakti dekat orang yg tak jemu jaga kita dari kecil. hmm.
petronas matahari heights ? dekat sangan dengan rumah tu. huhu

RerameUngu said...

smoga den pun tak tergolong dalam golongan yg membuang mak ayah..huhuh..

tak sanggup nak tgk mak ayah ditempatkan dirumah org2 tua mahupun dibiar tnpa perhatian..