16 May, 2011

Home » , » Ron97 Tinggal Kenangan

Ron97 Tinggal Kenangan

Assalamualaikum wbt,

Actually takda benda pun nak story pasal ron97 ni,
Sebab masuk entry ni,
Dah 4 ke 5 tah aku buat entry pasal minyak.
Letih la der,
Takda isu lain ke.



Tapi kenapa aku masih nak story?
Sebab perasaan tanggungjawab yang ada kat dalam diri aku,
Sebab aku nak korang bukak minda luas-luas,
Jangan sempitkan pemikiran kita.
Cuba faham apa yang aku cuba sampaikan.

*******************************************

Korang sedar ke tidak?
Yang Malaysia kita ni dah terlalu banyak MEMBAZIR,
Yer, M.E.M.B.A.Z.I.R yer kawan-kawan.

Membazir dari segi apa?
Ahh banyak sangat, sangat-sangat banyak,
F1 1 Malaysia ?
Menara Warisan ? ( bakal membazir )
PRU Sarawak ? ( really damn membazir tahap gaban )


Kenapa membazir?
Sebab nak kan NAMA,
Yer sebab nakkan NAMA supaya dapat disanjung,
Nama siapa?
Bukan LOKMAN HAKIM KAMARUDIN,
Tapi nama MALAYSIA.

Owwyeaahh,
We proud to be Malaysian owwhh Malaysia.

Heeii kemon la weh,
Hape ada pada NAMA,
Nama cantik mana pun tapi muka pecah?
Takleh pakai bro nama tu.

Ehh silap,
Nama cantik mana pun perangai macam celaka?
Hape guna der,
Biar muka pecah tapi hati baik.
Orang suka weh, seriesly tak ramai yang benci kat kita.

Okeh sambung.

Bila banyak membazir,
Apa yang banyak habis?
Duit kawan,,,DUIT.
Duit siapa?
Duit rakyat der, RAKYAT.

jadah apa boh duit INDON kat sini,,?? Hakhak

Bila dah habis,
Kenapa alih pada rakyat pulak kawan?
Kenapa?
Bagaimana dengan kebajikan rakyat?

Tau tak persamaan antara RON97 dan RON95?
Persamaan dia, kalau dua-dua ni naik harga,
Harga barang-barang lain lagi la bertambah naik,
Minum Nescafe Tarik kat kedai dah naik sampai 40sen.


Lepas tu kawan,
Kau tak bagi peniaga naik barang sesuka hati,
Jadah apa?
Kalau dah namanya rege minyak naik,
Kos pengangkutan pun naik,
Dan segala macam kos naik,
Habis kalau tak naik harga barang,
Macammana nak HIDUP?

tak pasal2 bro ni masuk blog aku
Then kawan,
Kau kecoh kata Malaysia akan MUFLIS 
Kalau rakyat masih bergantung pada SUBSIDI.
Haa...
Tang ni memang aku setuju,
Malaysia memang akan muflis,
Itupun sebab subsidi korang dah telan awal-awal.

Heeii,,Heeii,, kawan,
Kau suruh orang @ rakyat tak bergantung pada subsidi,
Okeh fine.
Boleh jer takda masalah.

Tapi sebelum tu,
Aku nak kau kawan,
Naikkan gaji bapak aku yang seciput ni boleh?
Bapak aku yang kerja gov berpuluh tahun ni pun,
Gaji sekarang tak sampai 2000 ribu.

Ini kau kata tak bagi rakyat bergantung pada SUBSIDI?
Esok kau naikkan gaji bapak aku pada 8000ribu sebulan,
Okeh fine,
Lusa kau hapuskan semua subsidi,
Takda masalah.

Tarak otak ka?
Fikir lah sikit,
Ingat senang nak kencing sama kita olang ka?


*************************************

Panjang pulak aku bebel kali ni,
Masa mula-mula type entry ni macam takda semangat,
Tapi bila dah panas jadi best pulak.

p/s : entry kali ni banyak tanda soal kan ?????
www.tips-fb.com

12 comments:

Syuxer said...

dorang x peduli apa rakyat susah2 huhuh..tu lah..minyak naik semua naik..time minyak turun..xde turun2 nya..adoiiii pening kepala huhu..

braderputrajaya said...

BETUL...BETUL...BETUL....hakhakhak...minta naik gaji brader sekali...asyik cite anuwor jee...boring...rakyat memerhati...kerajaan boleh diganti...kita bako..

hidayahjamal said...

sikit2 brg len akan naik jgk. benci kn, buat la entry isu muka mcm mamakk je simbah asid tu, takut wohh

Ali Kanchan aka Pirate said...

tiap2 mlm dok citer isu beromen di kalangan pemimpin. Rakyat sengsara x pk! Bangang!

ASSOYFINGER67 said...

salam...ron 95 naik buat muka aku berkerut...

Khairil said...

minyak naik harga chain reaction sungguh dahsyat...

mr.E said...

rasa cam dh x sabar nk tunggu PRU13...semakin lama semakin hancur negara...xabis2 dgn video lucah...skang minyak plk...lepas nie hrga barang...

Ini Kisah Tia said...

huh ! sekarang dah jadi zaman cekik duit weh . tak pasal-pasal orang tak kahwin sebab mana nak cekau duit banyak2 nak buat kenduri bagai? plus2 minda orang dulu2 yang nak meriah bagai nak rak .

aik , ada kaitan tak ? ada kannn ;)

jom baca ni :
Selamat Datang Ke IPT/IPTA
Yang Mana? Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah

yana halim said...

depa minat citer lucah skrg nie......tak ingat mati....tak ingat akhirat. noktah.

Rollo De Pedicula said...

bukan RON97 jer dalam kenangan...
RON95 pun dalam kenangan skrg
hahahahaha

Filem Nur Kasih The Movie Tidak Akan Ditayangkan Di Mana - Mana Siaran Berbayar : Satu Langkah Yang Bijak

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

geee berani sungguh ! bagus2 . . hahaaa

betul tu ! skrg ni . . neg bnyk membazir bende nth apa2 . . y susahny . . rakyat lah ! hurmmm . . mls ckp bnyk . .

Yana Libra said...

macam-macam politik skang ni~