24 May, 2011

Home » » Duit & Si Bapak

Duit & Si Bapak

Sekarang ni Arsenal leading 2-0 dengan Everton,
Tiba-tiba tersekat-sekat,
Then..... ciss terpadam pulak laptop aku ni.

Panas sangat agaknya padahal baru 2 game main,
Terus aku port atas tilam,
Teringat pulak aku kat blog ni,
" lama dah aku tak hapdet ni "

******************************************************

Basah peluh berjogging pun belum kering lagi,
Sambil baring-baring dalam bilik,
Diatas tilam dengan mata tepat memandang ke arah siling.


" letih woo dok rumah aje, gonjeng di buatnya " kata aku pada kawan,
" masuk ni da 2minggu mintak, 1 pun tak panggil " sambung aku.

Teringat ayat-ayat aku berdialog dengan kawan aku siang tadi,
Meredah panas menaiki motosikal dengan niat mencari kerja,
Zaman sekarang,
Nak mintak part-time job pun susah.

" eermm u kena ada experience kalau mahu kerja sini "
" kurang-kurang 1 tahun pengalaman kami nak "

Wadepak.!!!
Part-timer je kot,
Dengan part-time la kitorang mahu carik pengalaman.
Itulah mentaliti majikan-majikan di Malaysia,
Lain lah kerja Doktor ke, Arkitek ke,
Ini jadi Mat Pion je dowh
Ceeiitt.


Sedikit emo sebentar tadi,
Ngeee mungkin disebabkan keletihan beberapa hari ini.

*****************************************************
Bila kenang-kenang balik zaman keriangan dulu,
Haiisshhh,
Banyak benor menyusahkan bapak kita,
Aku jela, korang tak kan, tau korang baik.
Macam-macam kita mintak,
Nak itu nak ini dan bagai la,
Bila tak dapat mula la buat muka cembeng,
Kok lagi jahat menangis sambil hentak-hentak kaki,
Arrghh celaka sungguh masa kecik-kecik dulu.

Mungkin kerana kejahilan di waktu ketidakmatangan,
Kita tidak memikirkan kesusahan orang lain,
Hanya mahu kesenangan dan kehendak diri kita dipenuhi.

Dan mungkin juga atas dasar pengalaman bekerja aku yang banyak,
Bukan nak membangga diri,
Tetapi sebagai satu pengajaran dan iktibar bagi kita.

Macam-macam kerja dah aku buat,
Korek tanah, pasar malam, kedai makan, fast-food, kantin sekolah,
Daripada pengalaman itu lah,
Aku mulai faham keperitan mencari wang.
Dan dari pengalaman itu jugak aku mulai faham bagaimana
Sakitnya ayah aku membanting tulang mencarik nafkah sesuap nasi buat kami 8beradik.

So far Alhamdulillah,
Kami adik beradik tak pernah lagi tak makan sehari,
Syukur kehadrat Ilahi.




Mungkin tidak sesenang orang lain,
Kami tak merasa bezday di sambut,
Dengan sebungkus hadiah dihulur ketika zaman kecik-kecik,
dah besar? haha jangan harap.
Sebab tu kadang-kadang aku terlupa bezday sendiri,
Adik beradik punya pun aku ingat sorang dua je.

Bila dah besar-besar camni terasa seronok,
Bila masing-masing dah berkerjaya,
Kami yang sambut hari lahir mak ayah,
Dan aku berasa,,,errmm tak tau apa perasaan tu,
Bila dapat hulur sikit wang yang kita dapat dari titik peluh.

Selama ni asyik kita yang dihulur,
Sekali sekala dapat menghulur, seronok dia bukan kemain,
Mana-mana yang belum merasa,
Boleh la try,
Kerja then dapat gaji try bagi pada orang yang selalu hulur kat kita.
Feel dia lain sikit.

Mungkin juga lepas ni kita lebih
Menghargai apa yang orang beri dan apa yang kita ada.

Sory,
Entry kali ni aku rasa penulisan yang agak buruk
www.tips-fb.com

5 comments:

RerameUngu said...

memang susah nk crik keje skang ni..so, kuatkan hati la eh..insyaallah ada tu

mmg lain feel kalo dpt balas js org tua kt. dulu ms 1st keje dpt gaji mmg nak bg kat depa.tp diorg taknak ambik..siap kata, 'simpan je la dt tu. byr ape2 yg patt. ' bleh? aku lak rs tak best. tp dh org tua kata camtu kan, ikut je la,...ada masa bila kuar ramai blanja la diorg lak, mkn ke ape ke ...heheh

Hans said...

yups
betul tu weih
susah kut mak ayah kerja cari duit
itu la aku penah buat entry dalam minggu ni kalau kita dah kerja,ada gaji jangan lupa bagi sikit dekat mak ayah
memang feel dia lain
rasa puas dan tenang dan gembira sebab kita berkongsi hasil keringat kita tu dengan mak ayah
nice entry

Meatball IKEA Halal

Black_roses92 said...

huhu..betul2!! sokong. sekarang nak cari kerja susah. tim pernah gak minta kerja kat kedai kasut as sales girl je pon, part time, tp dorg tny, ada pngalaman ke tdak.. huhu.. mintak kt tempat lain pun macam tu gak.. huhu.. susahnya.. :( cuti dkt 5 bulan, haram kerja. huhu..

d_tieah said...

Aku suka bila kau sebut part jawatan kosong yang perlukan pengalaman.. WTF! Kau bayangkan kalau dah kita baru nak memulakan kerjaya,, semua jawatan kosong nak yang berpengalaman.. Bodoh kan??? Bayangkan kita sendiri, kalau kita kerja tempat tu ok gaji lumayan,, majikan pun baik tak nak berhenti kerja.. Ye tak??? Tak kan orang yang bekerja pastu berhenti,, then baru dapat mengisi kekosongan yg memerlukan pengalaman.. Habis tu yang takde pengalaman nak keje kat ne???????????????? Bongok! Mentaliti macam haremmmmmmmm..

Entry Menarik 1 : Wanita Melayu Akhir Zaman = Wanita Melayu Seksa
Entry Menarik 2 : Ketagihan Facebook??? Ada Ubatnya..

DuniakuAbstrak said...

aku pun menyesal pow bapak aku dulu