28 March, 2011

Home » , » Perjalanan Hidup (part 2)

Perjalanan Hidup (part 2)

23 Mac 2011.

Sempat aku menjeling jam,
Waktu hampir menunjukkan 12.40 pm waktu Malaysia,
Dan aku,
Yang baru sahaja keluar tol Senawang.

Dengan perut yang hanya berisi air suam,
Aku berhenti merehatkan badan,
Mengisi minyak.

full story klik Perjalanan Hidup (part 1).

**********************************************

Malam sebelum 23 Mac tu,
Aku dengan roomate tido lewat sikit,
Nak kata lewat sangat tak jugak,
Standard student lelaki tidur,
2.30 pagi 3.00 pagi tu biasa la kan.

Dalam pukul 10.30 pagi camtu,
Aku dah siap-siap nak pergi kelas,
Pagi itu jugak aku ada present macroeconomy II.

Nak dijadikan cerita,
Enset yang pakai ni,
Enset nokia yang dah cokia,
Zaman batu punya enset,
Cukup 2 3 tahun masuk muzium.

Kalau battery dah nak kiok,
Kena cabut dulu then charge guna portable charger.



Tambahan pulak,
Sekarang dah makin meragam,
Bila orang hello-hello,
Haram jadah tak dengar suara sepatah apa pun.

Bila on je enset aku,
Secara automatik mesej yang dihantar masuk,
eerrkk,,
Ada ke mesej masuk secara manual?

You got 1 unread mesagge,
18 miscalled.
Jadah apa miskol banyak gaban ni.
Dengan menggunakan hujung jari,
Aku tekan pepunat buka mesej.

"Akim,
Kau kat mana? puas kol tak dapat,
Nak beritahu ni,
Wan C dah meninggal subuh tadi,
Balek la kampung cepat. "

Aku terduduk diam
..................................................
Tak terluah kata-kata,
Dengan tangan aku menggigil. 





************************************************

Sampai di Gemencheh N9,
Aku mulai rasa sejuk,
Dengan awan yang dah makin gelap.
" aisey,,,nak hujan pulak"

Sampai di station Shell Gemencheh,
Aku terus berhenti kat situ,
Tengok jam, "aduuhhh,, dah pukul 2 petang dah ni"

Agak lama aku terpaksa berteduh kat situ,
Lebih kurang 30min jugak la.
Dugaan menempa dugaan,
Silih berganti datang,
Tambahan penunggang motorsikal macam aku ni.

3 kali aku terpaksa berhenti,
Bila lebat berhenti,
Bila gerimis jalan,
Bila berhenti lebat,
Bila jalan gerimis.


Basahnya jangan cakap la kan,
Lencun habis atas bawah,
Dengan perut kosongnya.

***************************************************
Sampai di rumah arwah nenek aku,
Aku tengok dah lengang,
" Ya Allah, tak sempat nak tatap "

Dah siap salam semua,
Aku berhasrat nak pergi kubur,
Tapi mak aku suruh mandi minum semua bagai dulu,
Dengan keadaan aku basah camtu.
Tapi aku tekad nak pergi.


Dah siap baca yassin semua,
Aku duduk termangu,
Teringat zaman dulu-dulu.
Sebelum melangkah pergi,,,,
" maafkan akim wan" serta merta air mata jantan menitik. 

"maafkan akim wan"
"maafkan akim wan"
www.tips-fb.com

23 comments:

♥ Ana Joe ♥ said...

tade jodoh utk tengok arwah kali terakhir...sedekahkan al-fatihah byk2...

Rama2Ungu said...

takziah Lok. sabar la eh. smoga wan ditempatkan dikalangan org beriman..al fatihah.

afuan shah said...

takziah lok...

sha said...

sedih membacanya. Tabahlah..

tahziah yer

Mah@mahu said...

Aku bangga jadi generasi kedua Felda...

chii said...

salam takziah ya dr chii..semoga roh arwah tenang di sana..insya Allah

uNcLeJoE said...

alfatihah... yang datang pasti pergi... dari DIA kita datang kepadaNYA jua kita akan pergi.. mudah mudahan cucu yang soleh sentiasa mendokan kesejahteraannya di sana... amin..

sfatimahzj said...

salam takziah ea..
setiap yg bernyawa akn menemui kematian..
yok prepare for it..!

Bunga said...

salam takziah...
mudah2an rohnya dicucuri rahmat.. InsyaAllah

ummiross said...

takziah, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman, al fatihah

NurSya said...

salam takziah..smoge arwah nenek anda dicucuri rhmat Allah..:) amin..

FawLin said...

sy turut bsimpati..cm nk kua jgk air mata pompuan sy.hehe..takziah loq..semaga tabah hadapinye..

AziziBasyah said...

sabar ye lok...doa banyak2 ye...al-Fatihah~

::nuRuLaDHar:: said...

salam takziah ye..smoga arwah dicucuri rahmatNYa.. Al-Fatihah...

ain revival said...

takziah..sabar yep..setiap yang idup mesti akan pergi...
insyaallah ..semoga arwah dicucuri rahmat..amin..

salwaismail said...

semoga arwah dicucuri rahmat
:)

kiz said...

takziah akim..

dyea irdina said...

Al-fatihah........sesungguhnya kehidupan abadi disana lebih bagus..

Wan Hafisah Collection's said...

oh sedih..
maafkan akim wan.
sedih jugak disini..

:(

apik pehe said...

sabar akim..
itu semua kejadian DIA..
akim kena terima..

miss nina said...

salam takziah dr saya, al-fatihah untuk arwah tok wan.

sabar ye!

Qaseh said...

salam takziah...

marina anakcikbob said...

takziah..