25 March, 2011

Home » , , , » Perjalanan Hidup (part 1)

Perjalanan Hidup (part 1)

23 Mac 2011


Jam tepat menunjukkan 11.30 am,
Dengan sepantas mana yang aku mampu,
Aku bersiap,
Aku sumbat baju dengan seluar mana yang aku capai.


Kepanasan enjin Yamaha LC135 berada tahap cantik,
Aku terus ke station minyak Shell PJ,
Not RM10 dihulur,
" 7 hengget, hijau ye" sambil jari telunjuk kearah motor aku.








Memang time tu aku rasa lambat sangat-sangat,
Padahal aku dah pulas habis,
Takleh blah jugak tu motor aku.


music first




Di Hospital Melaka.


Lepas je salam dan cium tangan wan,
Terus aku tanya kat wan aku ni,


" Kona sey dak wan? "
" Apo tak kona lak, kona, haakiimm "
" haa kona pun, da makan lon? "
" takmun makan do, da abih slero haa "


Masa ni aku tengah lawat wan,
Wan masuk hospital sebab takda gula dalam badan,
Tahap kencing manis yang teruk.


Sambil borak-borak dengan saudara aku,
Aku teringat masa wan duduk rumah mak ayah aku.


Di Taman Tasik Jaya, Paroi .


Tiap-tiap petang,
Sebelum along balik rumah dia,
Mesti singgah rumah mak ayah aku,
Sebab along bawak sekali mak aku,
Dan jugak,
Sebab anak along Acap dengan Dijah,
Tinggal kat lorong belakang rumah aku jer.


Sayyidatina Khadijah


Tiap kali along balik jer,
Mesti wan akan cakap,
" Dijah,,dijah eh sini meh, meh kat nyang meh "
Aahh wan cukup minat dengan Dijah,
Wan memang suka main dengan Dijah.


Pernah satu petang,


" wan, akim ngan ayu nak poie amek dijah"
" dok jap eh wan " 


Wan tak menjawab,
Cuma dengan isyarat anggukan kepala sudah memadai,
Tanda persetujuan secara body language.


Balik-balik jer,
Aku tengok Abby adik aku menangis-nangis,
Tak terluah kat mulut dia,
Yang aku dengar cuma Abby 2 3 kali sebut "wan"


Terus aku dapatkan wan,
Baru aku sedar,
Rupanya anggukan tadi petanda awal wan diserang hypo,
Berbuih-buih mulut wan.


Aku suruh alang (ayu) ajar wan mengucap,
Tapi takboleh sebab abby ngan alang dah menangis tahap gaban,
Aku pulak terus tepon hospital.


Alhamdulillah,
Wan kembali seperti biasa,
Dengan izin Allah,
Kepantasan ambulance tidak aku nafikan.



23 Mac 2011

Sempat aku jeling jam,
Hampir menunjukkan 12.40 pm,
Masa ini aku baru jer keluar tol Senawang.

Aku berhenti lebih kurang 10minit,
Isi minyak dan rehatkan badan,
Perut aku masih kosong,
Hanya diisi dengan air kosong pagi tadi.

Sambung akan datang,
Aku dah tak tahan....
www.tips-fb.com

12 comments:

sha said...

erk, pasal apa ni? tak faham la cek..

sfatimahzj said...

perjalanan hidup..
smoga wan sihat2 la ea.
bila sambungannya~

chii said...

la..bleh plak nk sambung..
wan sihat da?

chii said...

la..bleh plak nk sambung..
wan sihat da?

Wan Hafisah Collection's said...

betul2 hadap mata ke entry u, sbb tak brp nak paham wan ckp apa.
apo kono eh jang termenung ajo. itu je den tau loghat nogori.

tp nak doakan juga semoga Wan sihat sokmo!! dna pjg umur!!

shereena said...

x fhm part pbualan 2..cepat smbung crita.

Rama2Ungu said...

uwan ko msuk spita ko? smoga uwan ko cpt sembuh yer..

cik ziqa said...

semoga wan kamu sihat2 saje oke.

::nuRuLaDHar:: said...

smoga wan cepat2 sihat ye... =)

AkmaFaizal said...

kim salam wan, moga2 cepat sembuh

dyea irdina said...

baca ni tinggat kat nenek sy yg admit semalam kat spital sbb darah tinggi..tp tak leh nak p lawat sbb dia kat trg sy kat johor..hanya doa je la sy mampu kirimkan

miss nina said...

semoga wan awak cepat sembuh. doa2 kan , insyaallah. mudah2an