19 February, 2011

Home » , , » Luahan Rasa Cinta

Luahan Rasa Cinta

Pesanan Admin:

Ini merupakan entry pertama yang bukan ditulis oleh  Saudara Lokman Hakim Kamarudin (aku ar)
Mana-mana artikel yang dilihat menarik,
Yang dilihat kurang publisiti,
Akan diminta keizinan untuk di publishkan disini.
Sama ada 100% artikel di kopi @ copy,
Atau di edit oleh SLHK.
Terima Kasih.

Penulis Asal : Saudari Hanieyfashaareena Samsulkahar
Auditor         : Lokman Hakim Kamarudin 

**********************************************



music first

Assalamualaikum sahabat semua,
Apa khabar agaknye??
Alhamdulillah,
Mana-mana yang masih bernyawa,
Kita masih lagi di beri peluang,
Peluang untuk bernafas di bumi milikNYA ini.



Syukran Ya Allah,
Kerana masih lagi memberikan ruang
Untuk hambamu yang hina ini menginsafi segala dosa silam.
Kerana KasihMu,
Kerana Pemberian CintaMu pada kami.

Sebenarnya tak apa sangat pom (sah orang ganu)
Nak tulis,
Cuma sebentar tadi baru je dengar
Lagu dari nasyid Hijjaz- Dia Kekasih Allah.


**********************************************

"Malu Rasanya Mengatakan Cinta
Kepada Dia Kekasih Allah
Kerana Dia Insan Mulia
Sedangkan Diriku Insan Biasa"


Betul tak?
Apa yang dikatakan sebahagian
Dari lirik kat atas ni?

Bila kita dengar dan hayati
Lirik betul-betul lagu ni,
Pasti hati kita rasa sayu.

Terasa diri ini,
Amat kekurangan jika mahu
Di compare dengan Rasulullah SAW kekasih ALLAH,
Kerdil,
Malu,
Keeciiikk je rasa diri ni. 
Siapa lah kita 


"Selagi Upaya Ku Turuti Ajarannya
Apa Terdaya Ku Amalkan Sunnahnya,
Moga Didunia Mendapat Berkat,
Di Akhirat Sana Beroleh Syafaat. "


Cuba tanya hati kita betul-betul,
Betul ke kita sedaya upaya ikut ajaran Rasulullah?
Betul ke kita amalkan sunnah Baginda?




Ape cukup setakat
Solat? Puasa? Ngaji Al-Quran?
Dan berapa banyak pulak
Larangan Baginda yang kita endahkan?
Banyak mana dah kita langgar ?

Macam mana mahu mendapat
Syafaat Rasulullah SAW?
Kalau macamni gayanya.


" Kerana Peribadinya Aku Terpersona " 
Bila masuk part ni,
Terasa nak menintik air mata.
Peribadi Baginda memang indah,
Cantik, Menarik, Tertarik,
Segala-galanya menarik pada diri Rasulullah SAW.
Memang patut pom (ganu lagi)
Umat manusia tertarik.

Tapi sayang,
Hari ni manusia lebih terpesona
Dengan artis,
Tertarik dengan kecantikan Siti Nurhaliza,
Terpegun dengan ketegapan badan Aren Aziz. 


 " Kerana Budinya Aku Jatuh Cinta "

Dah cukup jatuh ke?
Cinta hati kita kepada Rasulullah?
Takat mana kasih sayang kita?
Paras mana rindu kita pada Baginda?
Kuat mana ingatan kita pada Kekasih Allah?
think about it.




" Rinduku Padanya Tiada Terkata
 Nantikanlah Daku Di Taman Syurga "
Biasanya ayat-ayat camni,
Kita hantar ke BF GF kita,
Betul tak?

Kalau kenang balik,
Layak ke kita nak cakap kita Rindu pada
Kekasih Allah Rasulullah SAW?
Apa cukup dah ker?
Rindu dan Cinta bertambah Sayang kita
Pada ibu bapa kita?

Kalau tak cukup,
Apa wajar/patut ke kita rindu,
Kasih dan sayang pada BF n GF kita?
Ya Allah,
Hambumu yang hina lagi kerdil ini,
Memohon padamu,
Agar dijauhi dari segala perkara yang
Engkau murkai Ya Allah.

Hadirkan lah rasa cinta dan kasihku,
padaMu dan kekasihMu Rasulullah SAW
Ya Allah.
Amin.

p/s : entry ini sempena Maulidur Rasul.
www.tips-fb.com

5 comments:

SaEidah SyamIelah said...
This comment has been removed by the author.
Aqila Borhan said...

Assalamualaikum,

utk lebih erat cinta kita pada baginda sama-sama kita berselawat padanya.. :) InsyaAllah...

Salam maulidur Rasul...

Kechik Itu Comel said...

nice entry..suka..=)

salam Maulidur Rasul...

www.jarijemariemas.blogspot.com

qasehraihan said...

sungguh indah..
entri yg sgt bagus~!!

RaraTan said...

nice nice ! i loike it ~