09 January, 2011

Home » , , , » Tinta Buat Ayah

Tinta Buat Ayah

music first




Ayah,
Engkaulah wiraku Ayah,
Disaat aku masih kecil,
Disaat aku tidak mengerti apa itu erti susah.


Ayah,
Diri ini tidak mengerti akan dirimu Ayah,
Kenapa engkau pulang hingga larut malam?
Kenapa Ayah?
Apa yang engkau lakukan disiang hari.?
Aku hanya melihat wajahmu Ayah
Disaat sebelum aku melelapkan mata.

Namun,
Wajahmu tetap mengukir senyuman,
Dirimu tetap mendodoikan aku wahai Ayah.

Dan Ayah,
Seandainya aku mengerti dirimu disaat itu,
Dan seandainya aku tahu kau mengerah kudrat
Disiang hari,
Pasti aku akan bertanya padamu,
"Ayah,,ayah baru balik kerja..Ayah da makan? "

Namun tidak terdaya akan diriku wahai Ayah
Untuk menyebut perkataan itu,
Kerana diriku masih kecil,
Diriku masih lemah wahai Ayah. 

Ayah,
Masih berlegar di ingatanku wahai Ayah,
Bagaimana dirimu menghiasi pagi ku,
Tiap-tiap pagi pasti dirimu menghantarku ke sekolah.

Walaupun,
Diriku berkeras tidak mahu kesekolah,
Engkau tetap berlembut hati denganku,
Tidak mengasari diriku,
Dengan tenang kau berkata
"pergilah sekolah,,nanti da besar boleh jadi orang pandai"

Ayah,
Seandainya aku tahu perit getir kau,
Ingin menyekolahkan aku,
Pasti aku tidak melawan kata-kata kau
Wahai Ayah.

Ayah,
Kini diriku sudah dewesa,
Diriku kini
Sedikit demi sedikit
Memahami diri kau wahai Ayah.

Ayah,
Aku tidak mahu menyusahkan engkau lagi
Wahai Ayah
Aku tak mahu membebankan engkau lagi Ayah.

Cukuplah,
Cukuplah selama ini kau bersusah
Kerana aku wahai Ayah.
Izinkan aku pula
Yang menjaga dirimu wahai Ayah,

Namun,
Aku tidak mengerti lagi wahai Ayah,
Mengapa engkau tidak mahu?
Tidak mahu aku pula
Yang bersusah kerana kau
Wahai Ayah.

Sering kali aku mendengar perkataan ini
Dari mulut kau wahai Ayah
"ayah tak mahu apa-apa balasan dari kamu semua"

Mengapa
Wahai Ayah?
Apakah ini semua wahai Ayah?

Maafkan diri ini
Wahai Ayah,
Kerana masih tidak mengerti akan dirimu.

Selamat hari lahir Ayah yang ke 57

Encik Kamarudin Bin Khalid.
Merupakan suami kepada Rusnah binti Tahir,
Juga merupakan Ayah kepada 8 orang anak.

Lahir pada
09 Januari 1954
Dan kini sudah berusia 57 tahun.

Ku doakan dirimu
Sihat sejahtera,
Dimurahkan rezeki,
Dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.

Amin. 

p/s: kredit to zack zukhairi dengan lagu kat atas
www.tips-fb.com

20 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga ayahnda anda sihat selalu..amin.

Ana Johari said...

semoga ayah kamu sihat selalu. Amin.

n4dh!3r4 said...

semoga panjang umur pakcik :)

cik miera said...

miss my daddy...huhu

Yanie J said...

smg ayh kamu dberkati Allah..amin :)

deena farhana said...

moga usia ayah sentiasa dalam keberkatan :)

Rama2Ungu said...

hoho..heppy besday pakcik..:) semoga dikurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik..:)

/Dayah//Nurul/ said...

pakcik ada entry anak pak cik wat kat sini! slmt pjg umur

iqbalsyarie said...

sebagai seorang bakal ayah, saya jadi terharu. ngeeeheeeee

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

amin...semoga beliau sht sejahtera ;)

cheQmOomOo said...

=')

Cik SHiNJU said...

Selamat Hari Lahir Pakcik...
Semoga Panjang umur,sihat walafiat,murah rezeki dan dirahmati ALLAH selalu...Amin... :)

p/s - kalau ko x sampaikan ucapan aku kat abah ko, kira ko x amanah tau..lalala :s

adwafarahin said...

tibe2 tringat abah
sye syg abah sye!

same2 kte doakan ayah kite sihat,dimurahkan rezeki n di panjangkan umo
amin

hans said...

bangga aku ada kawan macam kau Lok
mesti ayah kau pun bangga dengan kau
percayalah

P/S : Antara Pukul, Jam, Minit Dan Waktu

mimiekucayang said...

selamat hari lahir utk ayahanda kamu... semoga Allah memberkati segala amalan dan hidupnya di dunia dan akhirat insyaallah..amin

tieha ismail said...

saya sayang abah saya ! wink2~~

Burp said...

terharu aku bace n3 nih..terigt ayah aku kat Gombak.. huhu~

Cikbelog said...

sedih pulak baca entri ni. semoga ayah kamu diberkati Allah s.w.t :)

Miss Shizu said...

epi belated bufaday to ur dad..may ALLAH bless him..=)

Anonymous said...

semoga ayah kamu sentiasa dipanjangkan umur dan berada di bawah rahmat Allah swt... :)

thanks for the entry...sweet...

-teja suraya-