04 November, 2010

Home » , , , , , , » Pembaharuan Bajet 2011 Oleh,,,,,,,part 2

Pembaharuan Bajet 2011 Oleh,,,,,,,part 2

Assalamualaikum wbt,


Entry kali ini,
Aku nak bawakkan kat korang sambungan
Entry sebelum ni.


Kalau entry lepas aku cuba bagi
Pendapat tentang
Menara Warisan tu,
TQ kepada yang komen, TQ kepada yang like.



Ada yang bagi cadangan,
Ada yang setuju, ada yang kurang setuju,
Itu semua terpulang kepada individu tersebut,
Cara Aku Style Gua, Cara Lu Stylo.

**********************************************

Dasar Pengecualian Cukai

Mesti korang dah biasa dengar kan,
Dalam Bajet 2011 ni,
Banyak dasar percukaian ditekankan,
Dan banyak  produk yang dikecualikan cukai

Dan juga antara yang paling menarik perhatian

  

Hak yang redbox tu,
Dekat FB, dekat blog,
Ramai sekarang yang mempertikaikan bajet 2011 ni,
Terutama dalam Pengecualian Cukai Barang-Barang di atas
Selain daripada Menara Warisan Merdeka tu.

Kadang-kadang perkara ni kita amek ringan je,
Sebab selalunya media pandai bermain bicara,

"Barang-barang Keperluan Tiada Cukai Dalam Bajet 2011"

Pastu korang pun terima la bulat-bulat kan,
Kebanyakkan orang kita selalu camtu,
Takmau periksa@teliti dulu sebelum terima.

Sama la kes masuk minang,
Takkan mak ayah gurl ni terima terus
Lamaran jantan ni,
Tah elok ke tidak kelakuan nye kan,
Contoohh laa,,,Ahaks.
 ******************************************

Ni antara barang-barang yang tersenarai dalam
Pengecualian cukai

- beg tangan berjenama
- bola golf
- baju dalam berjenama
- kemeja tidur berjenama
- seluar dalam berjenama
- dompet berjenama
- DSB


****************************************

Dalam negara kita ni,
Taraf kehidupan rakyat secara majoriti berada tahap mana??
Dari segi kekayaan?

Kalau macam aku,
Sederhana,
Dan aku pasti majoriti rakyat Malaysia
Berada kat tahap sederhana.

Tapi,
Mengapa barang-barang orang "kaya"
Yang dikecualikan cukai?

Contohnya senang je,
BOLA GOLF,
Siapa-siapa kat sini yang hujung minggu main golf??
Siapa yang selalu main golf?
Persoalan yang aku nak korang jawab.

Padahal yang sepatutnya la kan,
Barang-barang keperluan harian kita
Yang dikecualikan cukai.

SENARAIKAN BARANG YANG SEPATUTNYA DIKECUALIKAN CUKAI.
task aku untuk korang,
Korang lontarkan idea sendiri,
Barang apa yang sepatutnya takda cukai import ni.

Satu lagi yang korang kena tahu,
Handphone pun dah takda cukai dah,
Tapi korang tau tak handphone jenis apa??

Opkos la handphone yang mahal-mahal,
Yang ada 3G bagai,
Tapi handphone yang cokia-cokia ni pulak,
Dinaikkan cukai.
Satu lagi kepincangan yang ada dalam Bajet 2011.

***********************************

Yang ni khas untuk siapa-siapa
Yang masih bergelar student.

Dalam bajet 2011 ni,
Peruntukan khas untuk Siswa/i,
Takda langsung,
Yang ada hanya untuk mana-mana individu buat
Master dan PhD.

Kalau korang nak tau,
Majoriti buku yang aku gunakan,
Semuanya di import,
Semua penulis adalah penulis luar negara.

Dan harganya,
errmm jangan cakap la kan.

Sepatutnya,
Buku-buku ini tersenarai dalam list
Barang yang dikecualikan cukai import.

Sebab,
Buku adalah bersifat universal,
Kaya, sederhana,
Semua akan guna buku yang sama.

Yang kaya,
Mungkin takda masalah,
Sederhana?
Tak mampuu weehh.
Aku pun ada gak yang terpaksa photocopy kan,
Tak larat nak beli bila tengok harga.

Mungkin takat ini je
Entry ekonomi aku tok kali ni,
Lepas ni aku nak focus on study pulak.

Dah nak exam aku ni,
Hopefully apa yang aku cuba sampaikan ni,
Sikit banyak memberi manfaat.

Mana yang baik semuanya datang dari ALLAH SWT,
Mana yang buruk semuanya dari kelemahan aku sendiri.

Sekian..
www.tips-fb.com

26 comments:

res ipsa liquitor said...

i really like ur idea.. membuke minda..

Nur Fannun said...

aku suka entry ni..aku pun ingt smua jns hp..brg keprluan tu yg dimport, rupanya yg jenama mahal je..hampeh..mmg le yg kaya bertambah kaya, yg miskin betmbh miskin..smuanya utk glngn elit & konglomerat je..dan utk RM jugak

nabilah said...

tang buku tu aku suka,
selalunya awal sem beli buku, beratus2..

DuniakuAbstrak said...

haha

kadang2 keputusan bajet para pemimpin kita yg bijak pandai ni memang lawak2

kita yg still student pon bleh nampak kat mana pincangnya

haish

d_tieah said...

Tu la pasal..
Nak buat cmne, smua tu utk kpntg dorang sndri je kan..
Dorang yg main golf, guna hp mhl2 canggih2, bini2 dorang guna brgn berjenama..
Kita guna gak yg berjenama, tp made in pasar malam lah..
Haha..

deena farhana said...

umno bkuasa penuh di sbh, tp msih ramai rakyat yg kais pg xdpt mkn, kais petang br dpt satu sendok nasi,gud job

+qAsiH naDiRa+ said...

ada betul nye kata-kata awk 2 lok~lebih2 lagi tang buku n barang2 org kaya ni.memang terasa la kalo org sederhana macam sy ni nak smbung belajar~dgn buku lg~yuran lg~sokong2~politik ni bijak~

maCy said...

perasan x perasan dari bajet yg sebelum ni lagi bajet utk pend dah bkurang. ye. bkurang.

key utk satu ngare tu kan pend n ktnteraan~

Cik Cyida said...

wey, betullaa, walaupun kte ni bukanlah student ecomomy, kte sokong ckp awk!

budget 2011 tu utk golongan2 elit je,
tak de langsung manfaat utk golongan2 sederhana macam kte,

kte pun pelik ngan slogan 'rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan' tu.. kalau rakyat di utamakan, bermakna kerajaan kena utamakan belanjawan utk golongan2 sederhana, kalau golongan2 elit, dorang dah tak kisahlah cukai2 ni, dalam acc dorang sah2 dah ada juta++

Lainlah golongan sederhana, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,, tak mampu sangat nak beli barang2 branded setiap masa.

Ni pendapat kte aje,

alexa yussida said...

bajet yg dibuat seolah2 bajet utk golongan mereka sahaja...rakyat terus tertindas...ssh bila pemimpin berminda cetek

f_aRa_aINa989 said...

setuju3...
suka idea kamu.=)

░♥si lampu neon♥░ said...

SMART ENTRY :)

NurSya said...

sdeh btol dengan pemimpin hari ni..:'(



btw,nice entry..like ur style:P

piewahid said...

cantikkk... suka n3 ni.

segala brg yg bebas cukai tu pun, kalau nak beli sekarang mesti tokey kedai akan ckp, "belum turun lagi maa... belum ada confirmation. tunggu 2011 loo.."

asyik2 kena jual ajela kita...

p/s- semoga cemerlang dlm peperiksaan.

hans said...

entry yang bagus
aku suka
teruskan dengan entry macam nih

P/S:Apa Itu Exam? Hahahahaahaha

(One) SiTi* said...

ulasan yang menarik,

tanya pada nelayan dan petani, serta orang di pedalaman,
"pakcik, itu Bajet 2011?"

dijawabnya,
"apa ada pada bajet 2010?"

eh...ntah kena tidak dengan entri nie..
argh......tak puas hati nih ng bajet 2011.
walaupun, kategori master atau phd, masih jugak terasa.. xde gunanya bajet 2011

Bintun Sazali said...

fuhh..macam pengulas bajet tahunan!.. great!..:)

suzie rahman said...

aduh cm sengal lak bujet kli ni..dier ingt klu buat pngecualian cukai 2,kiter akn sorak "hurey" kot! wadepak! cehh 1 nate ni lh..bola golf! pntg ke? leh wat mkn? adeh mmg xlogik..i mmg xsuke bujet kli ni.cm kiter rkyt ni bodo sgt.nk tutup mte kiter dgn pengecualian cukai2 bodo tu. adeh sabar je lh..i like ur post bout bujet.chayok2

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

yesss.. gua setuju..

bernas lu punya idea..




p/s: bukan bernas yang beras tu tau..

Skype Crew said...

ak tiap2 hr men golf lok....

tp kt komputerla..hehe..

idea yg bernas lg bagus. jwb exm baik2 tue.. ;)

nas said...

nice2
tahun nie bajet utk pendidikan especially ipta n ipts mmg xbanyak..
xbest la cmnie..
huhu
banyak gak ko dapat keyword pasal menara warisan :)


latest entri:

Lagu 90an best lagi lahh!!

tOm said...

how about spender playboy aku.. bebas cukai x? ngeh ngeh ngeh..

caliph shuriken said...

klau cmtu org kaya smakin kaya.. org susah smakin susah...

PeNgEmiS dUniA said...

untung semue dapat kat , yg kite makin miskinla , pe lagi

Peminat Katie Holmes said...

wah....

Rama2Ungu said...

tak tau mana sumber yg diorg ni ambik ms buat bajet ni..agaknya syok sndri kot...