Ape khabar agaknya kengkawan aku?
Lama betol blog "korang" ni disisih oleh "korang".
Nak update haritu,
Tapi entah tak tergerak lak mouse aku ni.
Problem agaknya mouse aku.
********************************************
Final Piala Malaysia
Negeri Sembilan vs Kelantan
30.10.2010
Kat sini aku bukan nak story pasal bola,
Bukan nak ramal team mana menang sabtu depan,
Bukan nak bangga dengan team N9 yang masuk final
sikit laa
Tapi aku nak cerita di sebalik
Masalah penyokong bola sepak tanah air ini,
Aku nak sampaikan pendapat aku,
Aku nak tolong jernihkan mana yang keruh.
Supaya nanti antara kita tidak ada
Perselisihan faham,
Supaya dengan harapan tidak wujud lagi
Insiden-insiden tumbuk sepak penerajang sana-sini.
INI BUKAN ENTRY KENEGERIAN OK,,,!!!
*********************************************
Korang tau antara punca
Kebengangan, Kepanasan, Ketidakpuashatian, Keberahian
Penyokong bola sepak kita?
Antara puncanya tak lain tak bukan,
Pengadil,,
Memang pengadil punca utama,
Kalau pengadil nampak macam berat sebelah sikit,
Haa mulalah mencarut-carut,
Celaka lu ref,,Bangzaaii,,,
Itu yang terbang botol air la, terbang batu la,
mercun bagai,
Betol tak?
Tapi kan,
Dah namanya pengadil,
Mesti la beliau berkelakuan adil,
Kalau tak adil itu urusan beliau dengan ALLAH kat sana nanti,
Pepandai la beliau jawab.
Jadi,
Masalah pengadil bukan punca utama.
*****************************************
Tak lain tak bukan,
Kalau bukan masalah penyokong sendiri.
Aku kat sini bukan nak nuding jari
Kat siapa-siapa,
Cuma aku nak cakap,
Semua penyokong bola sepak tanah air sama je.
N9 ke, Kelantan ke, Selangor ke, T-team ke,
Semua perangai sama, kata orang kampung "seghoman eh momaseng".
Ramai kata penyokong 1 negeri ni
Perangai cam cibai,
Dak, bagi aku dalam hal ini individu
Itu sendiri kena main peranan,
Ubah pemikiran.
Aku cakap bukan nak ampu ke apa ke,
Masakan antara penyokong sendiri pun boleh gaduh,
Depan mata aku,
Nak baling botol tak lepas,
Kena kawan depan tu.
Tak mengamuk kawan tu,
Polis pulak perempuan, nak masuk takut-takut berani,
Bajet cun, ahaks.
**********************************
Pergaduhan terjadi bila
Masing-masing nak salahkan orang lain,
Taknak pandang mana silap diri sendiri.
Antara puncanya cam bendalah-bendalah ni lah
Mana kawan tu tak bengang,
Yang mana tak buat pun kena tempias,
Yang mana tak buat pun kena tuduh sama,
Masing-masing tak beringat bila cakap.
Silap cakap boleh kena " c u at court" tau tak,
Komen-komen macam tu terlalu bersifat general.
Yang cakap tu tak tau,
Kot-kot jiran diorang pun sama perangai,
Kot-kot anak diorang pun jenis baling botol kat padang.
Mak aku kata kan,
"itu diorang, jangan tunjuk salah orang, tengok salah kita ni "
Korang kena ingat,
Hari ini korang tunjuk orang,
Esok-esok bertepek kat muka korang yang kacak dan cun tu,
Mau tak malu memaseng,
Pastu mulalah cakap orang ni salah lah, dia salah la,
Dahtu orang ni pulak kutuk orang tu,
Alamatnya sampai mampos la tak habis masalah ni.
MENTALITI masing-masing ubah,
PERANGAI tu jaga sikit,
TANGAN tu jangan gatal suka baling sana sini,
MULUT tu jangan suka sangat carut kat orang.
***************************************************
Korang tak perasan ke,
Sekarang ni KUALITI bola sepak tanah air kita
tengah meningkat.
Itu petanda yang positif.
Korang pun perasan kan,
Penyokong dah makin banyak membanjiri stadium.
Itupun sangat bagus.
Tapi tak bagus
Bila masing masing tak ubah d takok lama.
Kang aku takok kepala masing-masing baru tau.
Oraaiitt adios,
Jangan lupa na sabtu ni,
N9 vs Kelantan.
Tweet
16 comments:
hahahha...cun seyh awek hang:D lisa doeee..kim salam ek:p
otak ada, akal ada, tolong guna..
org kata ikut hati mati, ikut rasa binasa,..so masing2 yg g sokong tu suma dah cukup umur utk berfikir baik buruk, so gunakan akal yg tuhan bagi tu sebaiknya..
sy bengang ngan insiden cmni, mcm xde keje lain da nk buat.
kang aku buh mercun kat mulut sorang2 baru padan ngan muka. bgaduh la lagii
garang betol ustazah
mari guna akal. eceh2
betul2 jgn suka carut.
eh eh stuju lah semua~
may the best win. aku rasa neg9 menang kot sbb hot2 go :)
salam..
BW here n follow...agree sangatttt..
jemput ke sinar raudah ye!!
salam..
org nogori yo..?
ahaks samela...tp bkn ngan den..mber den..ngeee...
ermm itu sume kene atas diri sendiri la..da diri sendiri xsedar diri..mmg mbawa padah..
okey tu je..wasalam.. :)
time2 final ni la bro update blog..
aku xlyn la pulak bola huhu
mintak2 n9 menang sbb akak org nogori..tp yg tak best nya mmg nak gi support bawak anak2...tetapi...oleh kerana lawannnya itu..akak takut kena bom!!!!!hahaha
uhuk2 ek sume yg komen ni kaun hawa je...hihi
apepun..majulah sukan utk negara!
hahaha statment brani mati tu.haha bgus2
itulah Melayu...mudah terpengaruh....
apabila sorang ckp..
"weyh..penyokong negeri tue perangai cam setan..cam hantu..celaka lah" dan segala bagai...
mulalah org lain percaya...
padalah itu kes individu... bila tfk negeri..
"oh...dari negeri nie.."
lepas tue mula lah cop yg semua rakyat negeri satu nie jahat..aduhai..
p/s:budi bahasa budaya kita,gaya mengumpat,menfitnah,prejudis,menuding jari dan segala bagai turut menjadi budaya..hairan..hairan..
p/s 1: hrp yg terbaik mng pd 30.10 ini.
aku bosan tgok gelagat penyokong
menang disorak
kalah dihina
langsung tak ada semangat kesukanan
P/S : Mahu Menonton Filem Crayon
pulun kedah pulun..ehhhh
Post a Comment