24 September, 2010

Home » , , , , » Wanita Versus Millenium.

Wanita Versus Millenium.

Assalamualaikum,
Apa khabar geng? Harap korang sihat-belaka yer.


Semenjak naik cuti raya ni,
Aku da kurang terjah blog kengkawan,
Carik kawan baru,
Nak komen blog orang pun da kurang.


Bila kurang meromen mengomen,
Maknanya aku kurang la membaca,
Bila kurang membaca,
Nak dapat idea,,hareemmm,
Tu yang lambat je nak update story baru.


*******************************************



Korang percaya tak?

Aku mula-mula pun cam tak bapa nak caya,
Da tu cuba ar kejar balik,
Sekali pandang tang belakang.

Kompem,,,!! Perempuan,,
Sebab aku tau,
Mana ada lelaki badan lentik macam tu,
Siap bertudung lagi.

Nak kata bapok,
Mana nak carik bapok pakai tudung?? sorry la nyaahh...

Memang aku solute la lu minah,,,
Tabiikk spriiinnggg untuk perempuan-perempuan yang cam tu.
Main line-2 line-3 tu kawan.
Gila kentang.

Mesti korang pelik kan,
Kenapa la aku minat kat minah rempit camtu.
Sorry la der,
Aku tak angkat minah rempit-rempat ni.


****************************************
Aku solute kat perempuan camni
Sebab beliau-beliau ni seorang yang
aktif, berani, gagah lagi perkasa.
Dalam masa yang sama,
Still wujud sifat-sifat kewanitaan.

Beliau-beliau ni,
Mampu menandingi lelaki,
Tengok je ar kat status FB aku tu,
Laju kemain.

Da standard aku bawak moto da,
lelaki laju lagi aarr
Ini la perempuan zaman sekarang,
Maju kehadapan,
Kalau nak carik perempuan camni zaman mak-mak kita,
Payahnya kita nak jumpa.
Kalau ada pun,
Orang tak panggil Minah Rempit,
Lain sikit namanya, old-skul version la katakan,
Orang panggil Perempuan Kebret.

Itupun kalau kantoi,
Mampus berbirat kena sebat dek bapak memasing.
Bapak dulu-dulu jangan main-main,
Dapat pulak hak pencen askar,


Pipi rasa kebas je bila kena tampar dek tangan kasar tu.

**********************************

Sebenarnya,
Perempuan aktif ni bagus, bukan setakat sihat badan,
Otak cergas.

Dalam masa sama,
Sekapala dengan brader-brader yang aktif ni,
Termasuk ar aku sekali.

Senang cerita,
Bila brader-brader nak pergi daki gunung ke,
Boleh la awek, tunang, orang rumah join sekali.

Takyah nak pening kepala,
Ni si lelaki ajak berbasikal hujung minggu,
Hak perempuan pulak ajak main tanam-tanam kat pantai.
Tak ke pening.

Tapi kadang-kadang tu,
Yang brader ni kena la ikot kehendak perempuan,
Jangan nak keras kepala ikut buntut korang je,

Kang ada lak kes bini cabut lari,
Sebabnya suami hari-hari paksa
Ikot pergi buat jalan.
Jeemmm,,,,,!!

Macam aku gak,
Aku pun nak perempuan yang aktif-aktif ni,
Ni kalau dapat yang asik dok perap kat bilik je,
Memang takleh pakai ar.

Boleh jugak jadi peneman jogging petang-petang.
Ada masa aku boleh jugak join masak-masak kaum hawa.


 
Dapat pulak yang boleh ajak joget,
Joget pulak pakai lagu kat atas ni,
Memang terbaik laa,,

Tapi bab rumah tangga kalau 0,
Pun takleh gak kan..?
Mau keras perot kalau hari-hari
Makan nasik bungkus kedai mamak je.


Rezeki la kalau dapat camna yang di idamkan,
Kita hidup ni jangan demand tinggi sangat,
Kang kok nyesal,
Bila dah dapat tu, jaga la elok-elok.


Zaman millenium ni,
Perempuan macam-macam perangai,
Kalau nak kahwin,
Setakat ada 3k 4k, mengidam je la korang.
Dengan2 aku pun kena.


Okeh la,
Maaf kat mana-mana perempuan kat luar tu,
Kok2 terkena dengan korang ke kan,
Takda niat pun nak kutuk,


Kalau tak kena pun,
mintak maaf bebanyak ok. www.tips-fb.com

13 comments:

FaMouS said...

good points... hmm kalau perempuan demand pulak mcm mana?

Pencacai Alim said...

jodoh ko tu

Rama2Ungu said...

hahah...sama cam kite la..dah bawak motor tak reti nak selow..kete tak yh cakap la kan..ngeeee..

suka pompuan ada sifat camtu...beraniiiii!!1hehehe

misyamissyou said...

hahaa..laju weh..bkn moto je..kete pun bawak laju..

Cik Yuki said...

loq. ak minat gila ngn moto kuasa tinggi...tp syg.~ hmmm..

nnt ak citer. huhu

DuniakuAbstrak said...

wanita terlebih aktif nnt ko tak larat lak..haha

melatidaisy said...

sy ulang alik dari rumah sewa ke uia naik moto :)

nur 'afifah :) said...

hahahha..~~\mybe thath girl tgah kejar something yg penting kowt..~~~ 2 yg sbb laju tuh.. :)

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

ahaha masih ade lg idea bernas ko hehe

hanaahmad said...

aku suka merempit tp syg x dibenarkan amek lesen moto. huhu

firdaus khalid.com said...

giler..yg tu bru lc..
ni suma superbike..
aku ni nek lc je..malu seyh..

EiF@ said...

Bwk moto laju2 memg besh! sy suke gak merempit2 nih,bese bwk EX5 silver..hehe.. penah gak bwk moto LC135 adik..ekzos dh modified, memg sume org pandang la bile tgk pompuan mcm sy ni bwk..hu~
Tp, mak xbg sgt, takot anak pompuan die ni terbang plak nnti, huhu~

Cik Shiqa said...

:) knapa x berknalan.heheh