10 May, 2012

Home » , , , » Sumpahan Bocek

Sumpahan Bocek


Assalamualaikum salam 1 Malaysia, hekhek puii,
entry kali ni merupakan antara update terpantas aku,
Apa habaq geng?
Aku takmo intro memanjang sebab sekarang ni aku tengah dalam kelas
Dev.Economic, buatnye datang lecturer kat aku mampuih.

last week,
dalam hari jumaat sampai ahad aku pergi ke
HomeStay Kampung Lonek, kek area-area Bahau ngan Batu Kikir
Negeri Sembilan.
Bawah program PERMANIS UM.
Dimana kat situ aku didedahkan dengan adat budaya orang Nismilan.
Nyanyian dan Tarian Bongai, ngumping, ngoca dan bagai laie la.

Masuk dalam tajuk Sumpahan Bocek,
Apa itu bocek?
Becak ker? bongek ke? ke bongok? haha

Kenapa gua tiba-tiba story pasal bocek ni?
sebab haritu masa search lagu-lagu bongai kat youtube,
aku terjumpa lagu mengisahkan si bocek ni,
meh dengar lagu Anak Bocek ni dulu.





Mula-mula dengar memang kelakar lagu ni,
Sebab yang pertama penggunaan bahasa minang tok punya,
siapa yang faham bez la,
macam aku ni Alhamdulillah boleh faham,
cakap nismilan pun ada bunyi-bunyi lagi la,
bukan nak membangga ke apa, cuma nak mengekalkan budaya yang ada ni.
Ni jam bukan sonang nak dapek yo dak,,? haaa tu deh.


Dan bila mula-mula dengar jugak,
Aku ingatkan bocek ni macam satu belaan orang dulu-dulu,
yela dalam lirik lagu kat atas ni,
ada mengisarkan tentang "mak abah" datang bawak makanan,
Makanan eh pisang?
jadah ape hantu makan pisang?


cuba carik hantu dalam pic ni


Lepas daripada kesimpulan yang boleh dikobar an bongok,
Aku meng google apa sebenarnya kisah anak bocek ni?
Seingat aku bocek ni seekor ikan.
Kenapa ada mak abah datang jumpa si bocek ni?
Nak kata ikan bocek tu anak angkat si "mak abah" ni melampau pulak kan.


Lepas dah baca-baca sikit artikel tentang si Bocek ni,
Baru aku faham,

Bocek merupakan seorang kanak-kanak biasa,
yang dilahirkan oleh ibu-bapa beliau
yang namanya tidak dikenal pasti.

Satu hari tu Bocek ni mengidam makan pisang.
Lepas tu si Bocek mintak lah kat Mak Abah ae,
Tapi mak abah ae tak nak bagi makan pisang kat si Bocek ni.

Sejurus selepas merayu simpati, akhirnya si bocek kecewa,
Dengan keadaan yang masih mengidamkan pisang ni,
Si Bocek telah melarikan diri ke Sungai yang terdekat,
lalu menerjukan diri beliau kedalam sungai tu,
Akhirnya beliau menjadi ikan,
jadilah namanya IKAN BOCEK.



Mungkin kerana dek rasa bersalah dan berdosa yang melampaui batas,
Mak abah si bocek telah membawakan diri ke sungai
hampir tiap hari.
Dengan membawa segala macam jenis pisang,
Dengan harapan si Bocek ni kembali.

itu yang keluar macam-macam pisang dalam lagu kat atas.
itulah deh kisah Sumpahan Bocek,
Takda la sumpahan mana pun sebab Bocek ni terjadi ikan jer.

Nak kata cerita ni betul ke mitos ker,
Allah saja yang mengetahui,
Cuma didalam lagu ni menyelitkan satu pengajaran.

Dah pandai buat anak, jagalah anak dengan baik,
Apa yang anak tu hendakan kalau boleh tunaikan lah,
Tapi,,!! yang berpatutan dan relevan,
kalau ngada-ngada sangat, kau cubitkan jer.


p/s: gambar pisang kat atas tu mana ada hantu. pisang semata-mata.
www.tips-fb.com

6 comments:

Camy Alya said...

first time dengar kisah ikan bocek ni ^^

aina said...

first time dengar lagu ikan bocek ni ada yang paham dan yang x paham...
...but best dgr lagu org n9

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hehe . first time . dengar . :)

Unknown said...

Petamo Kali nonga maso kojo kek Muzium Negeri..Maso Tu Di tompek Kan kek Perkampungan Budayo Terachi Pilah..Kumpulan Anak bocek buek persembahan..

Unknown said...

Mmg sodap

Anonymous said...

1. Sy nak betulkan, itu bahasa negeri sembilan bukan bahasa minang yea. Bahasa minang lain. Mereka tak sebut 'kau' mereka panggil 'wa ang', kalau anak disebut 'paja', mereka tak sebut 'besar' atau 'godang', mereka panggil 'gadang'. Sy anak jati N9 dan atuk sebelah bapa org minangkabau pure.
Tq, info ttg kisah sumpahan bocek, selama nie hanya tau bocek tu adalah anak ikan haruan. Dan nak share, Tak ti bau yg ada penyanyi nie mention dalam lagu tu adalah burung belatuk yg orang tua tua di Kuala Pilah panggil tak ti bau. Burung nie akan berbunyi seolah olah menyebut 'tak ti bau' apabila masuk waktu maghrib.