21 August, 2010

Home » , , , , » Allahyarham Khairul Izwan..

Allahyarham Khairul Izwan..

Assalamualaikum,
Apa khabar kawan? harap-harap sihat-sihat la gamaknya.
Diam-diam dah nak habis 1st stage puasa kan?
InsyAllah mudah-mudahan amalan puasa kita ini
Diterima oleh Allah SWT.


Dalam seronok kita menyambut Ramadhan,
kadang-kadang ada perkara yang buat kita sedih.


Macam aku jugak,
Seronok dapat puasa dengan family,
Sahur, berbuka.

Dengan kengkawan pun sama,
Sahur, berbuka,
Haa kalau nak berbuka ar fun gila,
Baru terasa hidup membujang kat KL ni.




Aku yang selama ini,
Kalau kat rumah sorry la kat awek-awek kat luar tu,
Nak tengok ghoman(muka) aku kat bazar takkan ada nya,
Memang sejak azali aku tak suka pergi tempat
Sesak-sesak camni.


Tapi bila duduk UM ni,
Nak taknak, kena pergi jugak,
Kalau tak, nak makan aperr weeii???


Yang seronoknya bila pergi bazar kat sini,
Mata galak jer,
Aku yang rabun ni pun jadi bersih mata,
Ramai dowhh,,awek cun-cun,,hakhak.


Ok cukup.
Bab ni memang seronok.


********************************************


Berbalik pada tajuk,

Allahyarham Khairul Izwan
Siapa?
Aku taknak story lebih lagi,
Sebab sebelum ini aku ada buat entry tentang arwah

Kawan karib aku yang sorang tiada pengganti.
Memang orang kata,
"berkawan biar seribu, bercinta biar satu"

Tapi dalam seribu tu,
kompem ada yang special dengan kita.
Berkawan sejak tadika sampai la
Satu masa dimana arwah teman aku pergi buat selamanya.

Demi Allah,
Sampai sekarang arwah tak lekang dari ingatan aku,
betul cakap sorang bloggers ni,



Memang terasa ada 1 ikatan antara hati
Aku dan arwah.
i'm not gay
Aku ingat lagi,
Time tu bulan Ramadhan,
Pepaham jela kalau bebudak puasa,
Setannya kemain.

Bila masuk bab tarawikh,
Tak pernah nak full dok solat,
Otak memasing fikir nak main je,
Nak having fun omputih kata.

Tetiap malam aku ngan arwah main,
Bagai la bendalah yang kitorang main,
Dari mercun sampai la police entry.
Bayangkan la bila "mercun bola" meletup sebelah surau.
Tak mengamuk tok siak.


Sampai satu tahap,
Pernah sekali kitorang main mercun roket,
Tah macam mana tah,
Boleh lak mercun ni landing kat dalam surau.
Mencicit makmum aku tengok.

Kuasa Allah,
Mercun ni tak meletup.
Kalau tak,,haiisshh entah la,
Silap hari bulan dengan-dengan imam
Melatah.
Nasib baik solat sunat.

********************************************

Bila masuk bab raya lagi ar heaven,
Aku, arwah dengan geng lain memang takda kat rumah.
Merayap carik duit.
Dari pagi sampai petang.

eheh... masuk cita raya?
Ok2,, tak special ar.

Tapi itulah,
Bila ingat arwah, kadang-kadang aku dok senyap jer.
Tak banyak cakap.
macam rindu kat awek plak gua nengok lu bro.

Awek lain, SAHABAT lain.
Baik, jahat, nakal, celaka..
Semua tu takda kat kawan lain.

Mana pun aku pergi, berjuta mana pun kawan aku dapat.
Takda sorang pun dapat ubat rindu aku kat
Allahyarham Khairul Izwan,

Takda sorang pun dapat ganti arwah,
Jujur aku kata,
Aku menangis bila menatap wajah arwah terkujur,
Sejuk, diam.

Lama aku bermurung selepas
Pemergian arwah.
Mak ayah aku pun tak dapat nak kata apa.

Siapa sangka,
Seminggu sebelum tu, aku dok borak dengan arwah
2 jam tak henti.
Itulah yang terakhir aku bersama arwah



www.tips-fb.com

35 comments:

cik kiah waras~~ said...

waaah...aku bru bgenang air mata kt part2 yg nk abis 2..tgk2 da abis..huhu..xjd nangis...ekekek

uNcLeJoE said...

hmmm terharu lak bace entry akim kali ni...

al-fatihah...

semoga ramai yang dapat teman, sahabat dan kawan seperti akim... dia akan sentiasa menangis andai nya kita pergi sudah tentu dalam tangisannya akan bersama alfatihah ... insyaAllah...

semoga ukhuwwah ko bina sebagai mercu, tanda bertemu dan berpisahnya dua orang pemuda kerana Allah taala... amin...

+d.O.Y.A.h+ said...

aku xlehlaa bace yg cmni.mulela nk tacing..uhkk..

alfatihah,,

M a W a D D a H said...

sedey plak rasa..moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang mulia di sisi allah..amin..

persahabatan sejati memang sukar nak jumpa..

mAsHiMaRo said...

semoga roh arwah tenang dsana...

dan smoga kmu berjumpa teman dan sahabat yg mmhami dri anda...
w/pun hakikatnya tade yg lebih baik dihati anda selain arwah..

Peminat Katie Holmes said...

tu la, bila terkenang sahabat rapat yg pergi dahulu sebak siot.

http://fuzavide69.blogspot.com/2010/08/khas-untuk-kamu.html

miszTERRA_SF_ said...

salam.. moga roh arwah tenang d alam sane :)
tibe2 cdey n terharu lak.. ikatan ati kekal selamanya
windu lak kt bff saye

nur 'afifah :) said...

al-fatihah tuk arwah..~~
e2 la gnanya sahabat..~~
teman susah dan senang...

amirah said...

entri ikhlas dari hati
bg kesan pd pembaca
hargai teman
jdla teman yg bersama susah sng
-alfatihah-

deena farhana said...

lama x jenguk sini..pekaba? sebak baca entry ni... T_T

Pencacai Alim said...

kita yg hidup ini kena byk sedekahkan doa kpd org yg telah pergi kerana mereka ini tidak memerlukan apa2 selain doa..doa jugalah mnjadi penyelamat dialam sana..

nurina said...

al-fatihah....mmg susah nk lpe seseorang yg kte syg...sabarla..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kehilangan..

memang akan rasa kehilangan bila kita dah sayangkan seseorang itu..

tambahan pula orang itu pergi untuk selama-lamanya...

nak kongsi 1 link :

http://mayyonnizz.blogspot.com

amira said...

alfatihah.. sabar ye.. sabar..
moga doa awak menemaninya di alam sana..
selalulah doakan dia..

✿ YANN ✿ said...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah. yann sedih baca en3 ini. bertuah arwah dapat sahabat spt kamu. alhamdulillah. :)

maCy said...

sangat touching. semoga arwah gembira di sana. bersabar ya sahabat~

hans said...

orang kalau dah rapat dengan kita
walaupun dia tak ada depan mata mesti ko ingat punya

P/S : Kejadian Lucu Di Jalan Raya Yang Kadang - Kadang Tak Lucu!

hentakbelipat said...

panjatkn doa la bnyak2 kat arwah..bulan2 puase ni kn

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

DEENA FARHANA- Alhamdulillah sehat,,

ustazah bz sangat,,,jarang update,,,

eksyeli sy pun jarang update...

tambah sorang lagi,,,MelatiDaisy,,

da sebulan tak update,,,kalah YB lak bz dia,,,haha

sori cik Melaty

cemomoi said...

doakan kebahagiannya di alam barzakh

**Sy!eRA_N** said...

klu bab kawan2..bnde kecik pn akn jd emo..tmbh2 klu ttbe dy dh xde..idop rse snyi..sy fhm prasaan 2..huhu...

NuSaNa NoSa 91 said...

berdoalah semoga kalian boleh berjumpa di syurga-Nya.. ^_^

munet said...

sahabat....kasih yg sejati... suka duka dikongsi bersama...sntesalah berdoa agar rohnya ditmpatkan dikalangan para mukminin...

n the bazaar... hehehe.. bazaar mna budak um pegi?? ish3...

misyamissyou said...

can i hug you now?? opss xleh..hm..sedih la bace ni.. :( moga arwah ditempatkan dalam kalangan org yang beriman disisiNya...sabar ye..mmg susah nak lupa kat org yg kite syg..

penaberkala said...

teman sejati sukar dicari
tetapi tak mustahil yang patah tumbuh, yang hilang berganti

sahabat adalah anugerah dari Allah
ak-fatihah buat arwah

Teropong Azizi said...

woottt..sedih la..tetibe plak ade air kuar...(air mate ye..jgn pk bkn2..bln pose nih..)

yup..lelaki ni klu bab member kamcing mmg susah nak ckap..bile kita da declare jd sahabat sejati sampai mati mmg perit klu member tu yg pegi dulu..btw, aku salute tuk frenship korg yg bg aku mcm baca aku ngah bace novel seorang penulis tersohor nih...!!

Al-Fatihah buat arwah...aminnn~

echah mashuri said...

sedih:(
ayt bwh tu buat air mate bergenang....

xboleh byg kalo bestfren mninggal..


al-fatihah buat arwah...

zalin said...

tersentuh hati aku bc..
al fatihah buat arwah...

/Dayah//Nurul/ said...

aku suka poster siapa teman lok.
sakit apa khairul ni. salam takziah al fatihah. moga rohnya dicucri rahmat.

aleen adela akoo ^_* said...

xkan ade yg same sampai bile2..berjuta kawan pon kat dunia,hilang sorang,pasti xde ganti.
doakanlah die slalu,sedekahkan fatihah slalu.itu yg die perlukan skang nih.jgn sedey2 ye. ^_^

piewahid said...

mmg shabat sejati sukar dicari ganti bak baginda dgn sayyidina abu bakar. ianya bkaitan keikhlasan memberi dan menerima.

semoga allahyarham ditempatkan di sisi org2 yg beriman....

Cik Yuki said...

sme lar. ta ske g tmpt2 sesak. urm.

alfatihah.

ble bc entri ni..
rse sgt tkot..
hmmmm..ta nk khlangan kwn sy.
ta bleh kot. urm..

*cimOt* said...

dak um ghupew nyew..ukan b4 pose ritu adew kes dak um yg meninggal coz jatuh bangunan en..


p/s: takziah n al-fatihah 4 ur pwen..

*cimOt* said...
This comment has been removed by the author.
fatin shahar :) said...

eheh..ni entry lama ya?
pfffttt...dah lama tak jenguk blog bloggers lain...banyak assignment T^T

uhh..agak sedih ye...membuatkan diri teringat kawan baik(perempuan) bukan gay jugak ya! hahahaa...