Sedang elok gua mengunyah pisang goreng seulas dua,
khok khok khok!! terbatuk + tersedak kecik gua tiba-tiba. (teruk bena khok tu).
" sapa pulak yang dok mengata aku petang-petang ni? "
dengan tak semena-mena sekali imbas aku teringat akan kampung halaman.
apa khabar la family aku kat sana,
hidup perantauan ni kadang-kadang tak sempat raya sayuupp je rasa. eceh!
okeh masuk bab raya jap,
kita orang malay Malaysia ni, kalau sebut raya je majoriti semua ingat benda yang sama,
masing-masing kat otak akan terlintas perkara yang sama.
baju raya baru lah, kuih raya pelbagai rasa dan bentuk lah, duit raya lah, semayang raya lah,
itu lah ini lah, bermaaf maafan lah. haa
** eh ayat gua-gua dah hilang.
wait!
maaf? yer.
kalau raya antara yang wajib dilakukan adalah dengan minta maaf kepada semua orang.
family, kazen, kawan, kapel, masing-masing akan bermaafan-maafan sesama sendiri.
kebanyakkan kita dekat dunia ni kalau mintak maaf setahun sekali je, apada!
terutama dengan mak ayah n adik beradik. kalau buat salah ke terguris hati ke cukup
susah kita nak meluahkan perkataan maaf itu dengan seikhlas hati.
ini tidakkan ikhlas, nak luahkan pun gedabak susah.
tapi?
kalau dengan awek, dengan pakwa laju aje kita cakap ek?
silap sikit je.
" alaa :-( mama, papa mintak maaf bebanyak tak angkat call mama tadi, papa gi yak jap tadi"
" sorry honey, sorry and i'll try no to do it again"
esok buat lagi. hoho
sorry it's no more the hardest word.
lumrah manusia kawan. dengan yang hampir dengan diri kita memang susah untuk kita,
padahal sejak kecik susah senang tetap menjaga kita. okeh cukup.
sambung bab maaf memaafkan tadi,
dulu masa sekolah aku ingat lagi apa **ustazah Mardhiah yang cun tu cakap dalam
kelas.
kita kalau berdosa dengan Allah kita boleh bertaubat,
tapi kalau dosa dengan manusia, hanya orang yang kita buat salah terhadap orang tu boleh maafkan kita.
caranya dengan mintak maaf lah.
dan apa yang aku ingat,
timing paling ngam untuk mintak maaf adalah time raya.
ini jam,
kita post kat fb, kat twitter, boh kat bbm, "selamat hari raya maaf zahir dan batin"
kalau dengan family pulak duduk depan-depan sambil melutut,
kita cakap mintak maaf mami, halalkan makan minum ye mami. huhu
pernah tak korang terlintas, kalau-kalau la kan ada orang mintak maaf kat kau,
especially time raya, kau tanya diorang balik " apa salah kau? "
ingat lagi kelas dengan ustazah, aku tanya dia balik, kalau kita tanya dia apa salah dia boleh tak?
tapi malangnya gua tak ingat apa jawapan ustazah tersebut.
almaklumlah otak gua ni jahat sikit. hekhek.
so nanti gua nak buat lah, siapa-siapa pun lah, kecuali dengan family lah,
bapa banyak lah lah.
polan: man mintak maaf zahir dan batin eh
gua: maaf?
polan: haa laa, maafkan lah aku.
gua: salah apa kau buat?
polan: ^^%$(&%#!!
gua: kalau kau tak buat list gua tak maafkan. hahaha
jahat tak?
p/s: ustazah mardhiah ni dulu selalu gua and the geng smksp dulu rebut-rebut kan. ayat biasa kitorang cakap. " eh orang umah aku" "aku punya la" noty boy.!
this is sh*t!
sorry super junior. I throw a piece of sh*t on you. hoho
Tweet