21 January, 2013

Home » » Luka Lama Berdarah Kembali

Luka Lama Berdarah Kembali




tersedar dari kejutan subuh di pagi yang hening,
aku termangu seketika, lantas aku rebahkan semula badan yang longlai,
namun,
mata tidak mahu kembali lelap kerana di benak kepala ligat memikirkan mimpi yang dialami
malam tadi. apakah?

flashback.
situasi: dalam perjalanan pulang ke seremban.

sambil menikmati angin malam yang menggigit,
aku meneruskan perjalanan untuk kembali ke kampung halaman,
tidaklah selaju mana.
tiba-tiba!
aduhh, haritu janji taknak buat lagi, taknak ulang lagi, dan taknak kembali seperti dulu.

aku dapat mengatasinya beberapa bulan yang lepas,
namun hanya sementara aku dapat bertahan, aku diasak semula dengan
keadaan yang sangat tidak digemari. keadaan dimana tidak dapat kau lupakan,
situasi dimana kau kena harungi.
situasi dimana kau kena hurung bersama bertahun-tahun.



dimana janji kau untuk berubah? haa mana??
monolog aku dari sudut jauh hati ini. ermm apa yang ingin aku lakukan?
aku tidak mampu untuk mengelak daripada menghantui diri ini.


.................

puas aku korek, puas aku perah kepala otak aku ni,
nak mencarik idea untuk menaip satu post pun susah.
ini lah dia dipanggil luka lama berdarah kembali.
beberapa bulan lepas aku dapat mengatasinya dengan baik,
seminggu 2 3 kali hapdet.
sekarang? hampeh.! hoho

dan sekarang kembali terjadi. huhu.
actually nak teruskan story kat atas,
tapi tulah, tak baik membongak dalam hidup ini. huhu

takdok idea la geng nak hapdet.
haritu janji nak buat contest di blog @ giveaway
tapi masih belum dapat ilham untuk memulakan, apetah lagi memulakan?
adios

Assalamualaikum. :-p www.tips-fb.com