10 March, 2012

Home » , » Kesian Awek Lu

Kesian Awek Lu

situasi 1 : sedang menunggu

tadi masa aku sedang menunggu train di Midvalley, area jam 9.30 malam gitu,
Aku ingatkan orang taklah ramai sebab jangkaan penuh hanya setakat pukul 8 gitu,
Okeh abaikan seketika tentang orang ramai.

Dalam 20min jugak lah gua berdiri menunggu train,
Dalam keadaan kepala yang pening-pening terus gua port duduk kat seat yang tersedia,
Sekali aku terperasan ada sepasang anak mata asik dok menjeling-jeling kat gua,
Ape kes?
Hensem sangat ke pakai gua tadi?
t-shirt sama jeans sama sport shoe adidas?
Eh gua rasa lu lagi smart dengan kasut nike lu tu.

ciptaan Allah semuanya ada Cantik tersendiri. :-)


Dan untuk ke berapa sekelian kali tah kau masih dok menjeling-jeling kat gua,
heyy are u gay??
Tiba-tiba individu sebelah gua berlari-lari anak menghampiri kau,
Lantas memeluk tangan kau,
eh what the heck?

Owhh okei gurl yang pakai baju putih sama jeans besar bawah,
Yang gua mati-mati ingat minah indon itu awek kau rupanya,
Sori bro,
Memang aku tak perasan siapa individu sebelah gua tadi,
Yang gua ingat hanyalah seorang gadis@wanita indon,
Sekali rupanya awek lu, kepala aku tengah mantong la kawan time tu.

Aku faham perasaan kau bro,
Tambah-tambah lagi gua lagi hensem dari kau,
Sebab lu pakai kasut nike yang dah bermulut,
Tapi gua pakai kasut adidas yang kemas dan bersih,
okeh gua gurau-gurau bab ni.

dan aku perasan muka kau dah mula KETAT macam ta*k.

Situasi 2: didalam train.



Memang kau ditakdirkan untuk aku menganjeng dalam blog gua la bro,

Aku ingatkan tak jumpa kau ngan gegurl kau,
Sebab lepas setengah jam berdiri,
Train mula kosong,
Dan bila aku dapat seat dengan tak semena-semena seat aku berhadapan
Dengan awek lu.

Arghh muka kau ketat balik sebab jumpa aku lagi ke bro?
tambah lagi kau dok selang sorang daripada gegurl kau.
Aduh gua yang tertekan tengok muka kau bro.

Dan gua perasan apa yang berlaku kat kau,
Awek kau panggil kau buat bodoh je kan,
Kesian beliau,
Puas la di pist-pist sambil petik-petik jari. eh eh lu merajuk ke kawan?

Lu taknak pun pandang muka dia kan,
Bila dapat dok sebelah-sebelah awek lu cuba borak,
Sepatah haram lu tak balas,
Kesian awek lu bro,
Macam-macam dah dia buat, peluk tangan kau, lentok kat bahu kau,
Kau still masam mencuka. hape kes?

aku dah tak tau nak letak pic ape.

Kesian awek kau bro,

Puas la dok pujuk kau tapi kau merajuk kaw punya, " punah hati ku dalam train" puii,,!!
Tadi bukannya gua sengaja port sebelah awek kau kawan,
Dan space yang ada pun jauh jugak ape,
Kalau aku awek-awek pun boleh duduk lagi kat tengah-tengah tu.

dan akhirnya awek kau mengalah,
dengan menggunakan isyarat mata, awek kau suruh aku pergi,
dalam bahasa kasar "blah" tempat lain,
Nasib baik mamat sebelah aku ni dah keluar kat nilai,
Kalau tak sorry aku nak blah sebab aku nak nganjeng kau lagi.
hakhak.

apa-apa pun sori bro, aku tak sengaja. www.tips-fb.com

4 comments:

Cik Ca'ah said...

laaa,cenggitu pun boleh jeles ke?
hahahaa.
hang hot sangat la tuuuuuuu.

^^

biela bell said...

hahaha..PLEASE laa..tapi lu mmg kacau daun der..HAHAHA ;p

erysweetie said...

hahahaha... ngeng betul...

Lynn Damya said...

hahahahaha.....tbe2 aku rase bengang, xtau nk bengang kt sape..