Showing posts with label pembetulan. Show all posts
Showing posts with label pembetulan. Show all posts

18 January, 2011

Salah Faham Isu Ron97 & Ron95

Assalamualaikum,

Kali ini mungkin entry teringkas aku,
Entry ni aku nak memperbetulkan
Persepsi-persepsi pembaca tentang entry aku pasal

RON95 dan RON97 sama jer 

So,
Pada siapa-siapa yang belom baca,
Sila baca dahulu okeh.

******************************************************

Meh aku tunjuk komen-komen
Yang mungkin berlaku kesalah fahaman,

Sory erk,
Pada siapa-siapa komen mereka yang terpilih,
Aku terpaksa padamkan nama korang,
Walaupun boleh tahu siapa yang komen,,heee

siap frame tu kawan.

Mintak maaf la,
Kalau cara penerangan aku kat entry lepas
Macam gampang sikit.
Mungkin korang tak faham.






Entry yang lepas,
Aku terlalu banyak sangat berkias,
Sebab,
Aku saja nak test,
Kot-kot la kan kiasan aku ni orang dapat tangkap.

Tapi,,,ceehh,,
Okeh sory der,
Lepas ni gua tak buat lagi kiasan-kiasan ni.
Heee

************************************************

KUALITI
Aku tak cakap pun kualiti RON97 dengan RON95
Sama.
Sebab dah terbukti,
Memang kajian saintifik membuktikan,
RON97 lagi baik.

Tengok tahun 97 dengan 95  dah tahu da kan?
Mesti la 97 bergetah lagi,
Mudaa woo,,,hakhak

JALAN JAUH JALAN DEKAT 
Sory la der,
Aku tak nyatakan sebenarnya,
Isu minyak tu sama dari segi perjalanan mana 1,
Jauh ke dekat ke.
Sebenarnya aku nyatakan,
Tapi dari segi visual,



Aku ingatkan "gambar menceritakan segalanya"
Tapi?
Gambar punah ranah kan segalanya,,

********************************************
Bila RON97 naik harga ,
Otomatik orang ramai akan beralih pada RON95
Sebab?
Sebab RON95 lagi murah dari RON97.

Basic ekonomi dalam kehidupan.
Bila harga barang ni naik orang akan kurang langgan,
Orang ramai akan carik barang yang sama sifat
Dengan barang yang harga naik tu.

Sama macam NESCAFE dengan INDOCAFE.

So,
Sekarang kita main case-study,
Ambil satu contoh.

Nama saya Hans Hanis,
Berasal dari JB,
Sekarang bekerja di Kedah.
Saya baru beli kereta,
Proton Skyline.

Untuk memenuhkan tangki minyak kereta
baru saya.
Saya memerlukan RM50 untuk RON97
Dan
RM30 untuk RON95 . 

Sekarang Hans nak balik rumah di JB
Sebab nak sambut besday yang ke 53.
Maka,
Pulang lah beliau,,hakhak dah macam story bebudak tadika pulak.

Kes 1

Hans balik JB guna RON97,
Isu full tank RM50,

Dengan full tank saja Hans
Dapat sampai selamat kat JB
Dengan berbaki setakuk minyak RON97 beliau,
Siap boleh bawak cucu beliau jalan2 sekitar JB lagi.

Kos : RM50

Kes 2
Hans balik JB guna RON95,
Isu full tank.

Dengan full tank RON95,
Yang bernilai RM30 tu,
Hans tidak selamat tiba,,hakhak

Maksud aku Hans terpaksa berhenti
Di R&R Seremban untuk isi lagi minyak kereta
Sebab minyak dah nak kering.

Terpaksa la beliau isi full tank lagi minyak RM30
Bagi minyak RON95
Supaya beliau selamat sampai ke JB.

Kos: RM30 + RM30 ( tambahan di R&R Seremban ) = RM60

***************************************************

Ini lah dia maksud aku yang sebenarnya,
Kenapa aku kata RON97 & RON95 sama,
Bukan sama dari segi kualiti,
Tapi dari segi penggunaan.

Kita tau kan,
RON97 ni minyaknya tebal sikit,
So proses pembakaran lambat sikit.

Banding dengan
RON95 yang agak nipis,
Cepat habisnya.

itu je,,,,,tak paham jugak??
Meh sini aku hoben kepala sorang-sorang.

p/s: pendek ker entry ni?
p/s: aku pinjam nama geng blogger aku Hans Hanis (klik)

www.tips-fb.com